Saya tangguh dulu untuk berkisah tentang pengembaraan saya dan teman, Firdaus Yunan ke Terengganu baru-baru ini untuk memberi laluan kepada Pulau Perhentian, atas permintaan saudari nur. Rujuk Shoutbox (25 Apr 10, 10:40 AM).
Pulau Perhentian terletak di Laut China Selatan kira-kira 25km daripada Kuala Besut, Besut - daerah paling utara di Terengganu. Perjalanan menaiki bot lebih kurang 30 minit. Jika anda dari Kuala Lumpur ataupun wilayah utara semenanjung, lebih singkat perjalanan anda jika mengikut jalan ke Kota Bharu, Kelantan berbanding Kuala Terengganu. Daerah Besut lebih dekat dengan Kelantan. Kurang sejam sahaja dari Kota Bharu. Loghat pun dah tak berapa nak Terengganu. Tapi Terengganu tetap Terengganu.
Untuk makluman, saya belum berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian. Tak payahlah perli-perli saya. Kita ikuti sahaja bual bicara saya dengan saudara Effendy Muhd Nor, seorang pemuda kacak dari Jerantut, Pahang. Beliau bekerja sebagai fotografer bebas yang tak berapa nak bebas sebab tengah berkidmat di sebuah IPT awam di ibukota. Menurut maklumat yang saya dapat, beliau memang banyak pengalaman di sana - hingga membawa ke berjumpa jodoh. Sekarang sudah selamat berumahtangga dan baru sahaja menimang cahaya mata sulung, Laila Nur Qaseh. Tahniah.
Sebagai fotografer profesional, gambar mesti mau gempak.
Dan sangat terer juga bermain gitar. Bukan sitar.
Cakap banyak tak guna. Mari terjah beliau.Dan sangat terer juga bermain gitar. Bukan sitar.
(Untuk pembacaan yang lancar, perbualan terpaksa diterjemahkan secara formal. Warga Jerantut nak cakap Terengganu memang agak huru hara jadinya)
S : Sudah berapa kali ke Pulau Perhentian?
J : Ada laa lima kali. Dua kali Perhentian Besar, tiga kali Perhentian Kecil.
S : Eh. Ada besar kecil ke?
J : Eh. Kau tak tau ke?? Malu... Ada dua pulau. Satu Perhentian Besar. Yang ni sesuai untuk family vacation ataupun yang formal-formal. Resort pun pesen mewah. Nak ketenangan boleh datang sini. Perhentian Kecil pula sesuai untuk yang mahukan lebih hiburan ataupun yang lebih ekstrim. Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Semuanya terpulang kepada sendiri-sendiri untuk berhibur.
S : Mana lagi best?
J : Dua-dua best bagi aku. Macam aku cakap tadi, nak relaks-relaks pergi Perhentian Besar la. Kalau nak enjoy-enjoy aku pergi Perhentian Kecil. Cafe pun banyak mana kat mana-mana.
S : Macamana keadaan pantai kat sana?
J : Memang terbaik lah! Kau bayangkan, atas bot dalam 100m lagi nak sampai, dah nampak laut biru jernih. Pasir pulau memutih. Kau jenguk luar bot ke bawah, dah boleh nampak dia punya coral. Memang terkejut kalau kau tengok~
S : Dengar-dengar kau ada lesen menyelam...
J : Aku ambik kat sana lah.
S : Mahal?
J : Takde lah. Macam open dive baru RM900 tak silap aku. Tapi aku punye, bini aku tukang adjust. Dia ekspert diver. Dapat murah. hahaha..!
S : Best diving kat sana?
J : Fuhh..! Best giler. Kau selam sikit je dah jumpa coral. Ikan-ikan main depan mata. Lawa-lawa weyh. Kalau nak dalam sikit naik bot lah ke tengah sikit. Lagi cantik dia punya pemandangan. Kalau bernasib baik dapat tunggang penyu. Aku blom penah la~
S : Ada penyu kat sana?
J : Ada, tapi dia tak bagi usik. Tengok saja. Memang dia bela. Nak pegang pun tak boleh. Ni bini aku ambik gambar curi-curi je ni. (sambil tunjuk gambar isteri beliau cium anak penyu).
S : Kat sana kau duduk mana?
J : Alaa.. banyak chalet kat sana. Tapi aku ada geng kat sana. Orang pulau. Kalau nak pergi aku bagitau dia saja lah.
S : Apa lagi yang best kat sana?
J : Aku tak boleh nak cakap la. Nak tahu, kau kena pergi sendiri. Baru kau rasa macamana feel dia. Memang best... err.. tak tahu nak cakap lah! Best lah..!!
S : Huh..!! Mintak sikit gambar kau kat sana..
J : Ambik lah. Tu semua yang asli tu. Memang dah lawa. Tak payah edit-edit dah. Eh... kau nak buat apa sume ni?
S : Ada la.. hehehe~
Jangan tiru aksi di atas. Sentiasa jaga keselamatan anak-anak anda.
Kena langgar dengan bot parah juga tu~
Tumpukan perhatian kepada lautnya yang biru~
Kena langgar dengan bot parah juga tu~
Tumpukan perhatian kepada lautnya yang biru~
9 comments:
pembetulan
1 - takde la sampai 10KM dah nampak coral dalam air...dalam 100meter mcmtu ada la kot.bergantung pada cuaca.gua syak lu paiseh kena korek telinga ni..
2 - yang ada lesen dive bukan saya..tp wife saya...harap maklum ye.
3 - dekat pulau kecil sahaja takde la sampai 30 tmpt chalet tuh..tu dah byk sgt.
ok..itu sahaja.
hahaha.. ampun tuan fendi..
segala kesulitan amat dikesali~
lagi satu..aku rasa klu 10km tu dah mmg dari jeti kuala besut ke pulau perhentian dah tuh..mak aih!!gile jernih air dia.tayah p pulau dah.dok kat jeti je tgk coral.hahaha!!
tak tak. mengikut saya punya research jarak jeti ke pulau ialah 25km. harap maklom~
oh ya. saya dah cari sendiri maklumat tentant chalet2 di sana. memang lebih kurang 30 buah di dua2 pulau tu~
bab kamu punya lesen diving tu.. hehe.. terpulang~
Pernah sampai ke sana ke??heheh!!Tp 10KM tu still jauh la.Terpulang..
lagi satu saya ulangi semula..klu di pulau kecil sahaja..mmg tk sampai 30 la.klu digabungkan kedua-dua pulau yer la kot.
Post a Comment