Bukan. Bukan.. saya main kira-kira saja. Mari saya ceritakan hari ketiga saya dan Firdaus Yunan ke Terengganu hari tu. Kami pergi bawa adik-adik saya pergi mandi air terjun di Hutan Lipur Sekayu. Firdaus Yunan tak mandi. Beliau takut air. Macam kambing~
Banyak papan tanda seumpama ini dari Kuala Berang. Dijamin tidak sesat.
Belukar Bukit tu pun best juga. Lain kali saya ceritakan.
Belum pergi macamana mahu mengulas kan?
Belukar Bukit tu pun best juga. Lain kali saya ceritakan.
Belum pergi macamana mahu mengulas kan?
Hutan Lipur Sekayu terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu atau 50 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu. Bas dan teksi ada disediakan untuk ke Bandar Kuala Berang. Seterusnya sila ambil teksi untuk ke kawsan rekreasi ini. Tapi lebih baik jika anda mempunyai kenderaan sendiri demi memudahkan perjalanan pergi dan balik. Kawasan letak kereta pun luas. Tak ada masalah langsung. Tiket masuk semurah satu ringgit Malaysia sahaja dikenakan. Sungguh tak rugi. Anggap saja sedekah.
Jalan ke pintu masuk dari jalan besar. Hijau saja di kiri kanan. Damai bukan?
Di hujung jalan, anda akan terjumpa pintu gerbang ini.
Sediakan tambang seringgit dan mulakan pengembaraan.
Oh ya. Bagi motosikal, masuk adalah percuma.
Hutan Lipur Sekayu ini dibuka pada 1974 dan dilancarkan secara rasminya pada 1985 oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu ketika itu, Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad. Tak hanya air terjun, di sini juga terdapat kawasan hutan simpan di mana flora dan faunanya masih terpelihara dan juga taman pertanian. Masa sekolah-sekolah dulu sempat juga saya datang berkhemah di sini. Ada kem motivasi masa tu. Memang tak boleh lupa lah subuh-subuh hari dah kena mandi air terjun. Beku otak oh!Di hujung jalan, anda akan terjumpa pintu gerbang ini.
Sediakan tambang seringgit dan mulakan pengembaraan.
Oh ya. Bagi motosikal, masuk adalah percuma.
Balik kepada pengembaraan Firdaus Yunan tadi. Pukul sebelas setengah pagi kami sampai di sini. Sudah saya agak ramai pengunjung hari itu. Mahu cari parking kereta pun kena pusing 3-4 kali. Lepas meletak kereta, laju-laju adik-adik saya berlari keluar tak sabar mahu mandi. Saya kasi tarik telinga sekali sorang. Upah degil. Kalau jatuh nanti saya juga susah.
Sepanjang perjalanan dari pintu masuknya terdapat banyak chalet tumpangan khas untuk mereka yang mahu bermalam di sini. Saya kira-kira ada dalam 25 buah. Dan semuanya penuh. Memang ramai lah hari tu. Sempena cuti hari pekerja saya syak. Tak ada port langsung untuk mandi manda. Adik-adik saya dah mengeluh tapi saya buat-buat tak faham dan meneruskan perjalanan ke tingkat air terjun yang lebih atas. Nasib baik ada 3 tingkat sahaja. Kalau tak, saya pun ragu-ragu juga. Sepanjang perjalanan, terdapat juga mini zoo di mana banyak spesis-spesis burung, ikan dan haiwan-haiwan lain ditempatkan di dalam sangkar. Terdapat juga taman herba di mana spesis-spesis floranya ada dilabel dengan nama pokok tersebut sekali dengan nama saintifiknya. Memang boleh tergeliat lidah saya kalau mahu baca.
Chalet nombor 10. Senduduk putih namanya. Boleh tahan senibinanya.
Sesuai untuk yang mahu berteduh dan salin baju.
Sesuai untuk yang mahu berteduh dan salin baju.
Sampai di tingkat paling atas, adik-adik saya terus masuk ke air tanpa arahan. Biarlah. Saya kasi can. Dengan budak-budak kena berlembut juga sekali sekala. Firdaus Yunan pula teruja main ambik-ambik gambar. Dari atas, memang boleh nampak ramai sangat manusia hari tu. Ramai yang mandi manda. Ada yang berpikinik. Ada yang main panggang-panggang bbq. Ada juga yang main-main masuk hutan. Geng outdoor barangkali. Saya dah pernah menyertai ekspidisi masuk hutan di sini masa sekolah-sekolah dulu. Agak mencabar juga treknya. Naik bukit turun bukit juga lah. Tapi senang-senang saja saya bertahan sampai jalan keluar. Gagah la katakan.
Pemandangan dari tingkat dua. Sungguh penuh hari itu.
Tapi sedikit sayang. Makwe-makwe tak berapa nak ada.
Tapi sedikit sayang. Makwe-makwe tak berapa nak ada.
Pondok istirehat. Penat-penat mendaki boleh berhenti ambil nafas di sini.
Jangan bimbang. Kejuruteraannya kukuh. Saya dah uji.
Jangan bimbang. Kejuruteraannya kukuh. Saya dah uji.
Di tingkat tiga. Airnya macam musim sejuk di Arizona.
Kami santai di sini saja. Adik-adik saya tak tahu berenang. Bahaya!
Kami santai di sini saja. Adik-adik saya tak tahu berenang. Bahaya!
Air di tingkat paling atas ni memang lain macam segarnya. Walaupun dah tengahari buta, tahap kesejukannya masih di tahap ais parut. Jernihnya pula macam cermin kereta baru keluar car wash. Jika dahaga jangan ragu-ragu untuk minum terus. Air bukit memang terjamin kebersihannya. Sejam mandi-manda main air, adik-adik saya mula kecut-kecut kesejukan. Lapar katanya. Saya sengaja tak bawa makan sebab dah tau selagi tak lapar, mereka takkan balik. Jangan tiru taktik ini. Sayangi adik-adik anda.
Kalau bab main air memang serah saja lah kat budak-budak ni.
Tengah demam pun nak mandi juga. Nasib baik saya sporting.
Oh. Seluar biru tu tiada kena mengena dengan saya. Saya M.U.F.C.
Tengah demam pun nak mandi juga. Nasib baik saya sporting.
Oh. Seluar biru tu tiada kena mengena dengan saya. Saya M.U.F.C.
Firdaus Yunan kepanasan. Mahu saja saya tolak biar masuk air terus.
Dua kali fikir tak relevan pula. Kereta saya juga yang basah nanti.
Dua kali fikir tak relevan pula. Kereta saya juga yang basah nanti.
No comments:
Post a Comment