Wednesday, February 15, 2012

Jemputan

MAJLIS PERJUMPAAN YAB MENTERI BESAR TERENGGANU DENGAN BLOGGER DAN FACEBOOKER
ANDA YANG BERTUAH;
SATU MAJLIS PERJUMPAAN DI ANTARA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU DAN PENULIS BLOG SERTA FACEBOOKER AKAN DIADAKAN:-
PADA: 5 MAC 2012 (ISNIN)
JAM: 8.00 MALAM
BERTEMPAT DI: ---AKAN DITENTUKAN---, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.
PERJUMPAAN INI ADALAH TERHAD DAN TERTUTUP KEPADA PENULIS BLOG DAN FACEBOOKER YANG TERPILIH SAHAJA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU SAUDARA DAN SAUDARI ADALAH TERPILIH UNTUK DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI MAJLIS INI DAN BAGI MENDAPATKAN JEMPUTAN RASMI KE MAJLIS TERSEBUT SILA KEMUKAKAN MAKLUMBALAS BERIKUT SECARA EMAIL:
NAMA PENUH: ___________________________________________________________________
NO. KAD PENGENALAN: ___________________________________________________________
E-MAIL: _______________________________________________________________________
ALAMAT LENGKAP: _______________________________________________________________
NO. TELEFON (H/P): ______________________________________________________________
ALAMAT URL BLOG: http://_________________________________________________________
OLEH KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD, SILA JAWAB DENGAN KADAR SEGERA DENGAN MENGISI MAKLUMAT YANG LENGKAP, SELEWAT-LEWATNYA PADA:
20/2/2012 (ISNIN).
SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:
UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU 09-6230582 (Anida/Rita)
Atau; HARUN BIN HASSAN (019-9208820)



********


Saya terima email seperti di atas semalam.
Tak tau berapa ramai yang bertuah dapat email ni.
Saya syak jawatankuasa pengelola dapat email saya dari blog ni lah.
Terima kasih banyak2. Rasa appreciated sangat.

Tapi malangnya saya tak dapat hadir. Atas sebab hari bekerja dan saya bukan bekerja di Terengganu.
Terima kasih sekali lagi atas jemputan ye tuan admin.





*sekarang saya sangat mengikuti progress pasukan bola sepak Terengganu. Dan juga T-Team Selanjutnya, berkira2 mahu buat blog ni untuk jadi tempat luahan pendapat peribadi tentang bolasepak pula. Tengok lah macamana.
**buat masa skarang, saya memang sangat2 tak puas hati dengan corak permainan TFC di bawah kendalian jurulatih MZMA. Harap dapat tukar coach segera. Terima kasih.

Saturday, May 21, 2011

Merchang


Orang Teganu panggil Ngecang~

Berkedudukan di border antara daerah Marang dan Dungun, dan di laluan utama 'jalan pantai' ke Kuala Terengganu.

Merchang hanyalah perkampungan biasa. Macam kampung kamu, kamu, kamu, dan kamu juga. Cuma keadaan geografi saja yang mungkin berbeza. Bertanah pasir dan berhampiran pantai. Kalau anda terer geografi, tentu dah tahu apa tumbuhan yang suka hidup kat tanah macamani. Kelapa. Mangga. Rhu. Kelapa. Mangga. Kelapa. Mangga. Rhu. Kelaut Afrika juga mungkin.

Yang buat Merchang ni spesel daripada kampung kamu, kamu, kamu, dan juga kampung saya, kalau anda lalu di sini, kena tengok kiri dan kanan jalan. Baru rasa spesel sebab susah nak jumpa gerai2 jual jagung sepanjang 10km perjalanan merentasi Merchang ni! Semua jenis jagung ada didagang di sini. Dari jagung mentah, jagung rebus, jagung bakar, jagung manis sampai la ke ketiak jagung. Err.. popcorn? Tak pasti pula saya. Kamu cari kat TGV saja senang.


Gerai macamni memang tak terkire banyaknya.
Milik peniaga kecil2an saiz S.


Yang pesen kebetulan rumahnya memang tepi jalan,
ditambah saja meja dan bangku untuk meniaga.


Gerai macamni pun ada. Milik peniaga kecil saiz M.
Siap jual hasil laut dan minuman bekarbonat juga.


Ni.. err... projek gerai jagung kontemporari saya syak.


Ce perati. Sampai ujuuuuuuuuuuuuuuuuuuung sana
pun ada lagi gerai jagung. Kiri dan kanan.


Di celah2 kemeriahan perniagaan jagung, ada juga perusahaan roti paung
mahu mencuba nasib. Feberet arwah nenek saya ni.
Tau ke roti paung tu hape? Nanti saya crite~






Thursday, January 20, 2011

Back!


Ehemm.. ehemmmm~

Bismillahirrahmaaanirahimm~

Lama bejo'ong senyap tupah blog ni.. hehe..

Sori.
Sori banyak2..
Projek fully terbengkalai. Saya tahu tu~

Itu bulan enam itu hari, saya kena ke China. Urusan kerja. Dekat2 sebulan juga lah. Mana saya tahu kat sana tak boleh akses Blogspot mahupun Facebook. Balik2 saja jadi buntu. Dengan hal-hal kerja yang agak menyerabuti akal fikiran. Ditokoktambah pula dengan ketiadaan masa untuk balik kampung untuk menyenep gambar2 segar dari tanah bertuah Terengganu. Pospon punya pospon tak sedar pertandingan dah habis. Adehh...

Walaumacamanafrusttertonggengsekalipun, sekontena tahniah saya bagi untuk mereka yang menang. Saya kasi tabik jumbo satu kali. Anda memang berhak. Saya pun berhak juga. Berhak untuk tak menang. hehehe~

Dah. Tutup cerita bertanding2. Nawaitu saya bikin blog ni awal2 dulu memang bukan semata2 nak bertanding saja. Ada laa hajat2 lain. Walaupun saya dah ada blog persenel saya sendiri, apa salahnya berkarya tentang negeri berIC 11 ni pula. Ye dok?? Apa2 hal pasal Terengganu, biar bubuh cerita kat sini. Buat amal jariah pesen gini pun bulih pahala juga dok? Beramal untuk memajukan iktisad negeri Terengganu.heh~

Okeh.



Bermula kerajinan mengapdet.
InsyaAllah.




Scene malam raya. Ya. Abah saya memang champion bab2 keselamatan.
Senario tengah boom-boom gelap sangat. Tak sesuai ditonton oleh mata kasar.

Monday, June 14, 2010

Fun Sikit-sikit

Maaf. Saye sibuk sket lenim.
Jadi saye sediakang sikit bahan saje-saje untuk fun kepade pembace-pembace yang budimang sekeliang~

Cher Jawab soalang di bawoh tersebut dengang perkataang yang bersesuaiang.
Setiap jawapang di berikang sebanyak 5 markah. Sape hok bulih markah paling banyok Cekgu Paiseh belanje ikang pauh celup tepung.
Masa : 10 minit. Sape 'nnipu 'ddose~

1. Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada
( A) Tak Faham
( B) Tak Sedap
( C) Tak Larat
( D) Tak Lulus


2. ‘Tenong’ adalah sejenis?
( A) Kenderaan
( B) Sayur
( C) Kuih
( D) Bekas


3. “Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?
( A) Pahtu
( B) Dok Tahu
( C) Dekpong
( D) Guane


4. Frasa “Woh smete” membawa maksud,
( A) Wah jahatnya
( B) Buat tak peduli
( C) Buah Manggis
( D) Wah besarnya


5. Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,
( A) Sangkakala
( B) Seekers
( C) Sangka
( D) Saka


6. Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”
( A) Penak benor keje lening
( B) Letihsang ‘nggoh keje hari ning
( C) Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning
( D) Letih perik kite keje hari ning


7. Perkataan berikut memberi makna ‘Tipu’ kecuali
( A) Mussang
( B) Plawok
( C) Lebong
( D) Nawwok


8. Apakah maksud ‘Tunggu Stor’
( A) Jaga line
( B) Tunggu pintu stor
( C) Rileks dulu
( D) Tunggu kejap


9. “Ali membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;
( A) Stik batu
( B) Tago Batu
( C) Plekong Batu
( D) Tang ngo batu


10. Maksud perkataan ‘Kerahsang’
( A) Kaku & tidak bergerak
( B) Terangsang
( C) Kejur
( D) Keras amat sangat


11. “Doh wakpe yang Matli netting smacang tu.” Ayat ini menerangkan Mat Ali yang …..
( A) Melompat
( B) Berlari
( C) Membaiki Net
( D) Terlalu kurus sangat


12. “ Duk atah lassor” memperihalkan perilaku yang sedang berada di_______
( A) kerusi
( B) Dapur
( C) Beranda
( D) Lantai


13. Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____
( A) Cedding
( B) Ngerrek
( C) Dok malu
( D) Nette


14. Apakah beza Merang ,Marang dan Merghang?
( A) Haiwan,Tempat, Tempat
( B) Tempat,Tempat, Haiwan
( C) Tempat ,Haiwan,Tempat
( D) Haiwan,tempat, Haiwan


15. Seseorang yang nak menghisap rokok memerlukan ______ untuk menyalakan api
( A) Tenong
( B) Mecceh
( C) Bocong
( D) Brekdih


16. “ Dok leh lepe” membawa maksud?
( A) Tak boleh lepak
( B) Tak boleh dinilai
( C) Tak boleh diharap
( D) Tak leh cakap sebarang


17. Apakah sambungan bagi frasa Komang?
( A) Koman skrudrebar
( B) Komang playar
( C) Komang stangguk
( D) Komang Spanar


18. "Mung nok kene enjja?" Apakah maksud enjja?
( A) Tampar
( B) Tumbuk
( C) Terajang
( D) Marah


19. Buruk_____
( A) Khekkong
( B) Lepppok
( C) Kohong
( D) Nayyang


20. Cerlong, membawa maksud?
( A) Menegur dengan kasar
( B) Memandang dengan pandangan sinis
( C) Memandang dengan pandangan garang dan kasar
( D) Menghidu dengan enak


21. “ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?
( A) Terkejut
( B) Hilang Sabar
( C) Marah
( D) Berdebar kuat


22. Apakah itu Ogak-ogak?
( A) Sayuran
( B) Buahan
( C) Sayur Ulam
( D) Serangga/ulat


23. Perkataan Tubek membawa erti?
( A) Tak tentu pasal
( B) Masuk
( C) Lalu Lalang
( D) Keluar


24. Permukaan yang rata
( A) Lewo
( B) Leweh
( C) Smabo
( D) Lese


25. “Jerebok” Pilih ayat yang sesuai utk maksud jerebok…
( A) Ali memakai kasut berjenama Jerebok
( B) Ali jerebok dengan lembaga
( C) Ali jatuh jerebok dari atas pokok
( D) Ali berjerebok kedalam sungai


26. Kata ganda bagi Sakit?
( A) Sakit tayya
( B) Sakit gelekek
( C) Sakit puih
( D) Sakit nayyang


27. Maksud perkataan "Dok Imboh"
( A) Tak Untung
( B) Tak merasa
( C) Tak cukup
( D) Tak berbaloi


28. Rasa-rasa macam nak pitam je aku ni....ayat yang paling Tranung...
( A) Rasse nok pitang starang baroh
( B) Perasaang nok pitang aku ni
( C) Wassaang nok pesang starang baroh aku ni...
( D) _______________ (ayat sendiri)


29. Ali tiba-tiba tertidur....'Tertidu'r sesuai digantikan dengan perkataan?
( A) Khellak
( B) Ngekkeng
( C) Khembek
( D) Nembbo


30. Perkataan Glewa'k menerangkan perihal....
( A) Seseorang yang sedang membuat lawak
( B) Seseorang yang terbatuk-batuk
( C) Seseorang yang sedang menggeliat-geliat
( D) Seseorang yang termuntah



Jawab 'mmolek. Sape-sape yang bukan Tranung bulih tanya member-member atau pok mertua.


Soalang bonus : Berapa keping kopok gete dalang gambor?



Tinggal jawapang dalang kotok komeng.
Kekgi Cekgu Paiseh rait~

Thursday, June 10, 2010

Perkampungan Keropok Losong


Dah episod akhir kisah pengembaraan Firdaus Yunan dan saya ke Terengganu awal Mei hari tu. Biasa lah. Kalau dah hari last tu mesti mahu beli ole-ole punya. Dan ole-ole dari Terengganu yang paling berharga tak lain tak bukan adalah keropok lekor. Satu Malaya dah tau.

Asalnya perniagaan gerai-gerai kecil, Kampung Losong telah dimajukan menjadi pengkalan bekalan keropok lekor secara komersil diberi nama Perkampungan Keropok Losong. Tahniah Kerajaan Terengganu. Ibarat 'one-stop-center', perkembangan ini banyak memberikan manfaat bukan sahaja kepada para pelancong malahan juga penduduk setempat. Memang sepanjang jalan terdapat gerai-gerai menjual keropok dan hasil laut.

Bila terjumpa banyak label sebegini di kiri dan kanan anda,
sah lah
anda sudah berada di Perkampungan Keropok Losong.
Di Islamabad tak ada benda-benda macam ni.

Terletak hanya kira kira 2 kilometer di pinggir Bandaraya Kuala Terengganu, kawasan ini memang mudah dijumpai. Perhatikan saja papan tanda sekitarnya. Tak payah pakai GPS pun tak apa.

Papan tanda sebegini memang banyak kelihatan. Usah risau. Ikut saja.
Pusing-pusing pun boleh sampai.


Jam duabelas tengahari kami bergerak dari rumah saya ke Losong. Sangkaan saya untuk jadi golongan awal memborong keropok meleset sama sekali. Tiba saja di gerai kegemaran saya, iaitu kedai Pak Su, orang ramai sudah berkerumun. Bas pelancong saja ada tiga buah. Tak apa. Saya sanggup tunggu. Keropok kat sini lain macam sedapnya bagi saya. Terpulanglah pada anda pula.

Abang kacak baju kelabu mundar mandir tak puas hati.
Ada lagi tiga buah bas tak masuk dalam gambar.
Betapa ramai nya pelanggan walaupun cuti tak lama.

Ralit juga menonton penggetelan keropok lekor secara langsung. Dapurnya hanya di belakang kaunter jualan. Memang mustahak untuk meyakinkan pembeli tentang tahap kebersihan dan ketelitian penghasilan sebatang keropok lekor.


Golongan muda seperti makwe ini juga cenderung melibatkan diri
dalam perusahaan keropok. Lagi 3-4 tahun boleh jadi tokei ni saya syak.
Lain macam dia punya bersungguh. Firdaus Yunan swit pun beliau tak layan.


Tak hanya keropok, lain-lain hasil laut pun boleh didapati di sini.
Sotong kering ni contohnya. Bukan 'sotong' yang satu lagi tu ye!


Punya lah sibuk kaunter membeli hari tu. Mengalahkan
kaunter Tabung Haji dah.

Dari pengamatan saya, amat mudah untuk membuat keropok lekor. Cuma air tangan saja yang menentukan rasa 'losong' itu sendiri. Jika tak percaya, boleh cuba kaedah di bawah.

Bahan-bahan ( 10 org )

  • 1 kilo ikan kembung/ selayang
  • 500 g tepung kanji/ubi @ seeloknya tepung sagu
  • sedikit garam
  • beberapa ketul kiub ais/air batu
  • Air secukupnya (agak2 le)

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk @ cincang halus2.
  2. Sambil tumbuk halus isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
  3. Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air.
  4. Akhir sekali uli bahan2 tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat , sejukkan dan bolehlah goreng dan makan.

Senang bukan? Tinggal sama ada rajin atau malas saja. Saya rajin kadang-kadang saja bab masak-masak ni. Jangan tiru.


Jangan lupa. Air masak juga amat mustahak
dalam penghasilan keropok lekor.

Monday, June 7, 2010

Bas Ekspress KL Ke Pantai Timur



Hasil carian daripada internet yang memautkan ke blog ini.
Baiklah. Saya terangkan...


Tapi bukan ke pantai timur. Saya bagi informasi khusus untuk ke Terengganu dari Kuala Lumpur sahaja memandangkan blog ini khas untuk Terengganu dan Kuala Lumpur adalah ibunegara.

Transnasional - Syarikat bas ekspress nasional yang sudah terkenal di seluruh semenanjung. Menyediakan perkhidmatan hampir ke semua destinasi utama termasuklah bandar-bandar utama di Terengganu. Terdapat dalam versi dua tingkat.

Ekspress Sani - Mula beroperasi sekitar 2006, Ekspress Sani ini merupakan syarikat bas yang paling cepat maju berbanding syarikat lain. Faktor keselesaan dan perkhidmatan yang cekap dan efektif membolehkan syarikat ini mudah mendapat perhatian di kalangan penumpang. Berpengkalan di Terengganu, kini perkhidmatan bas ini mula mengorak langkah le destinasi lain di semenanjung. Juga terdapat dalam versi dua tingkat.

SP Bumi - Mulanya hanya menyediakan perkhidmatan bas henti-henti sekitar dalam negeri. Bermula sekitar 2006 juga, SP Bumi mula menawarkan perkhidmatan bas ekpress dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Selesa dan mantap. Juga terdapat dalam versi dua tingkat.

Cepat Ekspress - Boleh tahan cepat juga bas ni. Mulanya hanya untuk ke Kemaman. Dan sekarang sudah meluaskan empayar ke seluruh Terengganu dan juga le utara semenanjung.

Ekspress Mutiara - Majoritinya ke Kelantan. Tetapi sudah banyak ke Terengganu sekarang. Jika mahu ke utara Terengganu, sesuai menaiki bas ini kerana banyak hentian akhirnya adalah di Besut.

Ekspress Sutera - Antara perkhidmatan bas paling awal ke Terengganu. Banyak jasanya kepada saya dulu sebab tiap kali mahu balik kampung ketika cuti semester, inilah pilihan utama saya. Satu-satunya bas warna ungu metallic saya pernah nampak.

Mara Liner - Bernaung sepenuhnya di bawah Majlis Amanah Rakyat, syarikat bas ekspress ini menawarkan perkhidmatan ke banyak denstinasi di seluruh semenanjung. Dulu, mana-mana pelajar yang menuntut di IPT tajaan mara boleh mendapatkan diskaun tiket sehingga 50%. Sekarang, tak pasti pula saya sistem ini masih digunapakai atau tidak.

Adik Beradik - Bas ekspress utama untuk ke Johor satu ketika dulu. Sekarang sudah beroperasi ke Kuala Lumpur dan utara semenanjung. Cantik dan selesa juga.

Konsortium Bas Ekspress Semenanjung - Tak tahu pula saya kenapa mahu pakai nama panjang-panjang. Asik saya sebut 'kontrium' saja nak kasi mudah sebutan. Juga menawarkan perkhidmatan ke destinasi-destinasi utama Semenanjung.

Ekspres Tasik Kenyir - Satu-satunya perkhidmatan bas ekspress ke Tasik Kenyir. Untuk sesiapa yang mahu ke daerah pedalaman Terengganu seperti sekitar Hulu Dungun dan Hulu Terengganu, lebih senang menaiki bas ini kerana laluannya yang berbeza dengan lain-lain bas ekspres. Lebih dekat anda dengan destinasi yang dituju.


Itulah serba sedikit dapat saya terangkan untuk tajuk di atas. Jika ada yang tak cukup sila tambah. Harga tiketnya adalah sekitar RM40 bergantung kepada bas mana yang anda naiki. Waktu bertolak adalah dari 8:00 pagi hingga jam 11:30 malam. Dari Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan tiket di kaunter bas ekpres di Hentian Putra (berdekatan PWTC) atau pun di Greenwood, Gombak (bergantung kepada syarikat bas). Di Puduraya pun ada juga tetapi tidak banyak pilihan. Untuk yang ke Kuala Terengganu, hentian akhir adalah di Hentian Bas MPKT di tengah-tengah bandaraya. Strategik tak patut!

Puluh saja mana yang berkenan di hati. Yang penting berhati-hati di jalan raya
dan sentiasa doakan perjalanan anda selamat dan sejahtera.



Jika anda tiba awal pagi cubalah nasi dagang di satu-satunya gerai 24 jam di situ. Saya tak pernah ketingglan. Sedap hingga menjilat daun pisang~
Pengalaman saya di situ satu masa dulu...


Tengah2 sedap suap nasik dagang dengan kuah banjir, saya perati sorang mamat nih. Mamat nerd. Pakai sluar slack sama t-shirt kolar tuck-in pepagi buta. Kasut badminton. Budak luar saya syak.

Dia : Berapa pakcik? Nasi lemak satu. Teh o satu.


Tokei: Aa... singgit pat o'seng.

Dia : Aa..??

Tokei: Singgit pat ploh seng.


Dia : Ye ke? Murahnya..!

Tokei: Nak mahal awok gi denung ah.. Hotel Primula.



Hakhakhakhkahakhak... saya gelak sampai tersembur nasi ikut idung.

Tuesday, June 1, 2010

Lagun Kuala Ibai



Lepas ke Sekayu, petangnya Firdaus Yunan dan saya pergi mengambil angin ke Kuala Ibai pula. Adik-adik, saya tinggalkan di rumah. Banyak lagi kerja sekolah diorang kena buat. Dengan cuaca yang masih panas macam di Texas, saya memacu kenderaan nasional ke Kuala Ibai. Mana lagi tempat paling enak berehat-rehat di sini selain Lagun Kuala Ibai.

Terletak berhampiran dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung, lokasinya memang sangat mudah. Jika dari Chendering atau Bandar Marang, selepas anda menaiki Jambatan Kuala Ibai, terus belok ke kanan selepas jumpa lampu isyarat. Sebenarnya dari atas jambatan pun sudah boleh nampak Masjid Terapung yang putih macam kapas tu. Masuk melalui pintu gerbang masjid, teruskan perjalanan ke depan dan anda sudah sampai. Senang bukan? Dijamin 100% tak sesat!

Di sini, anda boleh bersantai dengan riang ria bersama keluarga. Boleh mandi pantai. Main pasir. Memancing. Beriadah. Melihat nelayan dan bot-bot. Ketuk kepala adik pun boleh. Eh. Saya begurau saja. Jangan amalkan~ Ada juga penjaja menjual keropok dan minuman jika perlukan kudapan. Aiskrim pun ada. Jika kena masanya, anda juga boleh melihat kuda yang dibawa bersiar-siar oleh kakitangan Terengganu Equestrian Resort berdekatan. Bersebelahan saja tempatnya.

Sesekali pekena baring di hutan pokok rhu di sini memang sangat tenang 'feel' dia. Sesuai sangat jika mahu berdendang Watimang Landak sekali sekala. Angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa buat saya hampir tertidur di tengah-tengah masyarakat. Nasib baik tak kena pijak dengan kuda.



Pemandangan dari jalan masuk ke lagun. Mata memang tak boleh
lepas dari melihat keindahan senibina Masjid Terapung ni.



Kuala Sungai Ibai. Hanya satu bot yang tak pergi kerja.
Mungkin rosak ataupun tuannya ambil cuti sakit
saya rasa.



Kawasan mandi manda yang selamat untuk kanak-kanak.
Cetek. Tak berombak. Yang paling penting teduh. Tak ada la mak bapak
yang risau anak mereka jadi hitam terbakar.




Kawasan pinggir kuala yang memang direka untuk aktiviti memancing.
Golongan makcik pun ada juga yang turut serta. Jarang-jarang boleh nampak ni~




Pemandangan Jambatan Kuala Ibai dari lagun. Nampak saja lurus tapi
sebenarnya agak bengkok sedikit. Agak hebat kejuruteraannya.
Jika malam lagi cantik pemandangannya. Malangnya saya tak berkesempatan~




Duduk-duduk baring di hutan pokok rhu memang mendamaikan.
Dengan pemandangan laut yang permai dan masjid di kiri dan kanan,
rasa tak mahu berganjak langsung~



Abang kacak menunggang kuda. Di mana-mana boleh nampak kuda.
Macam sudah sinonim Terengganu dengan kuda sekarang.
Terima kasih DYMM Sultan Mizan. Daulat Tuanku!