Bertolak dari Kuala Lumpur kura-kira jam tiga petang, jam lima kami sudah tiba di Geliga, pekan paling selatan di negeri Terengganu. Hanya dua jam perjalanan dengan melalui Lebuhraya Pantai Timur. Mohon jangan tiru aksi ini. Laju tak patut saya memandu. Encik-encik polis, minta maaf ye. Bukan apa. Bimbang tak sempat singgah di beberapa lokasi yang sudah ada dalam proposal saya.
Tak susah ke Pantai Teluk Mak Nik (ataupun dipanggil juga Monica Bay) ini. Bila nampak Masjid Geliga, terus ambil simpang ke kanan menuju ke Kuala Kemaman. Teruskan perjalanan hingga jumpa simpang tiga dan ambil ke kanan sekali lagi. Kurang satu kilometer, belok ke kiri untuk sampai ke pantai. Kat situ juga ada pejabat INTAN Wilayah Timur. Papan tanda pun banyak. Senang llepeh kata orang Terengganu.
Apa yang menarik di pantai ini adalah kemudahan sukan pantai yang banyak disediakan terutamanya gelanggang bola tampar pantai dan lapangan motocross. Semasa temasya SUKMA Terengganu 2008, pantai Teluk Mak Nik adalah tuan rumah bagi acara bola tampar pantai. Bukan calang-calang ye. Daripada tinjauan saya sendiri, ada lebih kurang sepuluh gelanggang bola tampar pantai ada di sini. Ada juga yang siap dengan kerusi penonton. Sebagai peminat dan bekas pemain bola tampar, saya jadi sedikit kesal sebab tak berkesempatan beraksi di sini. ceh~
Ini gelanggang utama saya fikir. Pasir dia lain macam sedap nak melompat.
Saya dah test. Yang baju merah tu Firdaus Yunan.
Saya dah test. Yang baju merah tu Firdaus Yunan.
Menyelusuri pantai ini , anda boleh menikmati pemandangan hutan pokok rhu dan laut. Satu kombinasi yang tak semua pantai ada. Kemudahan pun banyak. Pondok rehat, gerai makanan, kawasan permainan kanak-kanak dan tandas awam ada disediakan. Sangat sesuai untuk aktiviti makan angin runcit-runcit. Untuk aktiviti air rasanya kurang sesuai kerana bentuk muka bumi tebing pantainya yang berbahaya. Sila riki-riki ke tempat lain. Banyak lagi pantai kat Terengganu ni.
Pemandangan dari hujung jalan. Sempat saya tangkap
abang-abang vespa makan angin. Klasik bukan main lagi!
Belah kiri tu kawasan INTAN.
Oh ya. Dari berita yang saya dapat, pantai ni juga adalah lokasi tumpuan untuk penyu bertelur. Spesis yang biasanya datang ke sini adalah penyu agar ataupun Green Turtle kata saintifiknya. Musim penyu naik bertelur di sini adalah antara Mac hingga Oktober. Jika bernasib baik, anda boleh menyaksikan upacara pelepasan anak-anak penyu oleh renjer yang ditugaskan untuk menjaga survivor penyu-penyu ini. Jangan pandai-pandai mahu ambil buat masuk poket pula. Haiwan lindungan tu. Tambah bernasib baik anda jika dapat berjumpa dengan bonda penyu yang sedang bertelur. Baru la boleh menyanyi lagu Blues Terengganu Kite dengan suka hati. ...kite tengok penyu ttelor~abang-abang vespa makan angin. Klasik bukan main lagi!
Belah kiri tu kawasan INTAN.
2 comments:
kata pakcik renjer tu lagi, pernah terjadi waktu sukma trganu 2008, org tengah lawan bola tampar tiba2 ada sekor penyu naik bertelur kt tepi gelanggang bola tampar. last2 org tak tgok orang main tapi g tengok penyu bertelur.haha.
hahaha.. menarik neh.. bila lagi ada peristiwa lepas anak penyu mcm ni ye? ajak saya.. please~
Post a Comment