Wednesday, May 12, 2010

Masjid Kristal

Saya lompat terus ke Kuala Terengganu lah.
Tak sabar rasanya mahu berkongsi informasi dan foto tentang Masjid Kristal ni.
Serius cantik. Serius popular. Serius mempesona.




Nama : Masjid Kristal

Keluasan : 2,146.12 meter persegi

Kapasiti : 700 orang jemaah



Tempoh Pembinaan : 2006-2008

Perasmian : 8 Februari 2008 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

Menara : 4



Bahan : Kaca dan keluli

Lokasi : Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Losong, Kuala Terengganu, Terengganu.
*sila fahamkan di sini bahawa Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang terdapat di Taman Tamadun Islam. Bukan salah satu daripada monumen di sana. Kemudian lah saya ceritakan tentang Taman Tamadun Islam. Saya belum sempat masuk ke sana.



Keistimewaan : Masjid pintar pertama di Malaysia yang mempunyai jaringan WiFi di samping rekabentuknya yang sangat unik bertemakan kristal dengan senibina Islam yang dimodenkan.

Kontroversi : Ada yang berpendapat pembinaan masjid ini tidak wajar dengan kos pembinaannya yang agak mahal di samping lokasinya yang agak jauh dari penempatan masyarakat setempat. Pendapat peribadi saya, tidak timbul isu ini kerana ia sememangnya satu keperluan di lokasi pelancongan seperti Taman Tamadun Islam di samping menjadi satu lagi mercu tanda di Terengganu Darul Iman.




Lima bintang saya bagi!
Anda?

3 comments:

koko said...

sy kasi 7 per 7 bntang..

amat mempesona dan cun

moga berjaya solat di sini suatu hari nanti

azrie hafiz said...

Rase macam nak balik kampung time Wesak Day hujung minggu 29 May nih.

paiseh said...

koko rukuori : jemput datang. jangan lupa ajak saya sekali.. untung2 boleh belanja celup2 tepung~

azrie : oh.. sangat tak munasabah tarikh tu.. cuba pulang ketika cuti sekolah bulan Jun.. relevan sikit~

Post a Comment