Friday, April 23, 2010

Ulek Mayang (vol.2)

Baiklah.
Saya sambung lagi.

"Woi... pasang lagu lain la..!!" bentak kawan sebilik saya ketika mahu menaip entry ni berlatarbelakangkan lagu Ulek Mayang. Jam menunjukkan 4:18 pagi.

Oh.!
Malam Jumaat.
Patutlah~

...
Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan berlatarbelakangkan beberapa alat muzik tradisional Melayu seperti gendang, rebana dan gong. Tetapi prop yang paling penting adalah mayang pinang atau kelapa. Mayang ini perlu diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Seperti juga tarian Kuda Kepang di Johor, doa dan bangkitan dilakukan terlebih dahulu untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Inilah rupa mayang kelapa. Saya pernah kena bedal
dengan benda ini oleh ayah ketika kecik2 dulu.

Sakit tak patut!


Proses bangkitan dilakukan dengan mengasap mayang pada kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan Dupa. Minyak kelapa juga disapukan pada mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi (ketua pemuja) yang seolah-olah kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa. Kata orang sekarang - menurun.

Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang (Adi) duduk di tengah-tengah. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun. Pendek kata yang dah akil baligh.
Jika bertanya tentang pengalaman, rasanya ramai yang ada kisah sendiri tentang peristiwa2 aneh berkaitan Ulek Mayang ini. Saya? Belum lagi~
Di sini saya kisahkan sikit...

"adoi.. nak citer ulek mayang malam2 ni.. aku pun meremang bulu roma..!! gini saja lah.. aku ringkas kan.!
mak aku pernah citer..! aku sendiri pun pernah kena dan rasa..! mak aku adalah penari dan pelakon teater dulu2.., zaman hujung 60an ke 70an.. ,
salah satu teater yg dia pernah bawak adalah ulek mayang..
dia jadi puteri tujuh.., memang kata dia.. masa berlakon tu.. semangat puteri tu.. semua yg berlakon jadi puteri tu dapat rasa.!
memang tarian puteri tu.. datangnya asli dari gerak tari .. walau pun mula2 di rehearsal.., tapi bila di persembahkan.. ada langkah2.. datangnya secara spontan masa persembahan tu..!


aku sendiri pernah berlakon pementasan ulek mayang ni 2 kali.., sekali jadi pawang.. sekali jadi orang yg kena semah oleh pawang..!

masa jadi pawang tu.. memang tiba2.. jadi menyelap.. , jadi macam tak nak berhenti sepuh mayang pinang tu..!
isshk.. aku mengingatkan.. jadi meremang bulu roma aku.
" - morpheuzneo



"...Dikuti pula cerita dari wife saya yang balik dari kursus di Glory Beach Resort PD. Semasa acara penutupan kursus, setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan, ada yang membuat persembahan dikir barat, teater dan persembahan ulik mayang.
Semasa persembahan ulik mayang tu, ada seorang perempuan yg memegang watak puteri berubah wajah, nampak pucat. wife saya cuba ambik gambar ngan digicam, tapi camera tu tak bleh nak tekan, lepas tu dalam camera kawan dia gambar tu kelihatan hitam pada bahagian muka dan nampak seperti hantu. Penyelaras kursus terpaksa menghentikan persembahan tersebut dan berpesan agar cerita ini tidak hebahkan.
Seriau bulu roma saya masa dengar citer ni.
" -cannondale



.....................................................



Kita balik ke zaman 2010.
Sekarang, Ulik Mayang hanya dianggap sebagai khazanah warisan tradisi Terengganu. Tiada mentera. Tiada panggil2 semangat. Tiada jampi serapah. Tiada puja memuja lagi. Hanya sebagai satu seni persembahan yang bernilai dan dijaga rapi tanpa unsur syirik dan khurafat lagi. Sama seperti wayang kulit di Kelantan. Hanya untuk hiburan semata2. Jika ada juga yang masih main2 semangat, minta kerjasama anda untuk melaporkan kepada pihak berwajib. Saya memang serius sangat kalau masuk bab2 akidah ni. Tolong jangan main2.

Mungkin ada yang muykil...
Kenapa lirik dan sebutannya bukan dalam dialek Terengganu?
Jangan tanya. Saya pun pelik juga ni. Kalau dah jumpa jawapan nanti saya ceritakan.
Atau jika anda ada idea, boleh tolong jelaskan di petak komen.

Terima kasih.

Rakan saya dah gelisah lain macam ni.


Puteri bertujuh, Adi dan pesakit.
Kalau dimodenkan boleh jadi jururawat tujuh orang, doktor dan pesakit.





4 comments:

StingRay said...

persoalannya di sini.....kenapa aku baca entry ni pada jam 1.32 pagi?




ni yang rasa nak masuk bawah selimut laju-laju ni.

paiseh said...

hahaha.. kamu ni jamil..
sama spesis dengan saya je rupanya~

AnAtAnO said...

sy penah bt tarian ulik mayang ni dan sy puteri tujuh...masa tu sy tingkatan 4 atau 5...cikgu suruh kami bt latihan pada waktu malam kerana waktu siang dewan sekolah penuh dengan aktiviti...so kami pn berlatih pd waktu malam...bila muzik dibuka, tiba2 bulu roma sy naik dengan tiba2...mungkin ada puteri2 yg tengok kitorang berlatih?

panglima hitam berantai said...

slm..saya ingin bertanya kenapa nama puteri sulung,puteri tiga,puteri lima tidak disebut..walhal mereka bertujuh..saya juga pernah menyaksikan bagaimana para penari dari kumpulan masa saya habis sekolah dulu menari tarian ulek ni lain dari yg diajar..semuanya serentak..sama saje..bila di tanya pada mereka..jawapan yg saya dapt adalah x tahu..mereka pun x tahu mcmmana..apa yg mereka ingat adalah arahan dari ketua untuk menari ikut lagu ulek dgn sepenuh hati..mmg saya kagum dgn tarian tersebut tapi perasaan takut ttp ada dlm setiap org di situ..alhamdulillah semasa persembahan kami tiada apa2 gangguan cuma cara penari2 tu berhias mmg mempersonakan serta kawan yg melakonkan watak bomoh berkata dia mampu membaca serapah yg x pernah di pelajarinya..meremang jgk tgk saya...itulah pengalaman saya..jika ada komen serta pandangan..silalah beri untuk sebagai panduan..tq

Post a Comment