Thursday, April 15, 2010

Ke Sana

Bila diajak ke Terengganu, ramai kawan2 saya mula senyum2 tawar mengeluh kata perjalanan jauh. Saya kata memang laa jauh sikit. Tapi lagi jauh perjalanan ke Burma ataupun Tibet. Lagipun apa guna kerajaan buat Lebuhraya Pantai Timur (ataupun saya lebih suka panggil Lebuhraya Pahang-Terengganu; tetap LPT juga). Jalan selesa. Banyak RnR. Perjalanan pun lebih singkat. Sebenarnya saya tak sabar2 menunggu pembukaan Fasa 2 LPT. Senang sikit mahu balik kampung sebab dengar2 nya exit ke Kuala Terengganu dekat sangat dengan rumah bapa saya. Jadi, tak ada sebab lah bila saya cuti 3-4 hari tapi masih berkira2 mahu balik kampung.

Tenang lain macam time memandu kat LPT ni.
Tak banyak cabaran. Jalan pun banyak lurus2.
Apa pembaris JKR pakai pun saya tak tahu.



Pasal tol pula, saya rasa masih boleh dikata murah berbanding dengan PLUS yang hala ke Utara-Selatan semenanjung. Kalau ke Johor dari Kuala Lumpur rasanya makan belanja pat puluh ringgit juga (betulkan saya jika silap). Kalau ke Terengganu pula, sehingga exit Jabor hanya berkos dua puluh satu ringgit sahaja. Selepas Jabor tu boleh dikira sebagai bonus lah kerana sepanjang ke Kuala Terengganu, pemanduan pasti diiringi bayu laut China Selatan terutama di kawasan Kemasik, Dungun dan Marang. Seorang sahabat saya yang belum pernah datang ke Terengganu menjadi sangat jakun sepanjang perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Memang sangat obses dia dengan laut. Hingga Rantau Abang boleh ditukar nama sesuka hati menjadi Rantau Sayang.


Jika anda dari Pahang dan terjumpa pintu gerbang ini, saya ucapkan
tahniah kerana berjaya sampai ke Terengganu.
Jangan bimbang sesat sebab banyak papan tanda untuk panduan.
Yang penting anda pandai membaca.


Bagi golongan yang sedikit berada dan sudah biasa dengan kenderaan udara, boleh menggunakan perkhidmatan penerbangan domestik ke Kuala Terengganu. Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang sangat hampir dengan pantai dan bandaraya Kuala Terengganu bakal memudahkan hala tuju perjalanan. Kosnya hanya di bawah tiga ratus ringgit untuk kurang tiga puluh minit perjalanan. Jauh lebih murah daripada sebiji Blackberry ataupun iPhone.

Kecik2 dulu saya suka sangat ke sini
time nak hantar pakcik2 pegi haji.



Jika gemar naik bas ekspres jika dari Kuala Lumpur, majoriti bas ke pantai timur berlepas dari Hentian Putra. Tiada masalah pengangkutan awam ke situ. Star LRT ada. Bas ada. Komuter ada. Teksi wajib ada. Di Puduraya pun boleh juga rasanya. Tapi tak banyak. Port paling akhir bas ke pantai timur ambil penumpang adalah di Greenwood, Gombak. Dekat tapak pasar malam. Dekat Shell. Sebelum masuk Lebuh Karak. Tiket juga boleh dibeli di sana. Oh. Maaf. Ter'expert' pula. Lama sangat duduk sini. Mula2 saya ke Kuala Lumpur sebelas tahun dulu tambangnya hanya RM19.50 sahaja. Sekarang lebih kurang RM40 rasanya. Nasib baik zaman saya naik bas ekspres dah habis. Harap2 pihak berkaitan ada peka sedikit dengan senario ini. Kesian budak2 sekolah mau balik kampung. Tapi saya tengok bas ekpress ke Terengganu sekarang semuanya baru2. Berkilat macam kasut askar. Air-cond tahap turbo. Laju pun lain macam. Hati2 lah. Tapi seingat saya belum ada kes major yang tak diingini berlaku di laluan Terengganu - KL. Rasanya lah. Alhamdulillah~

Ini bukan bas ekspres. Tapi banyak bulih nampak di KT.
Fungsi dia sama macam feeder bus kat KL ataupun nadiPutrs kat Putrajaya.
Tapi saya berharap sangat dapat naik bas ni sampai Kuala Lumpur.



Tentang penginapan, rasanya memang tiada masalah. Banyak hotel ataupun chalet disediakan sama ada di tengah2 bandaraya ataupun di pulau2 peranginan. Kalau tak percaya boleh bertanya di agensi2 pelancongan berdekatan. Pergi lah ketika lunch hour ataupun hujung minggu. Jangan ketika office hour. Kena tangkap mengulor kang takkan nak salahkan saya pula. Atau lebih mudah selak saja di internet ataupun telefon saja. Maaflah. Saya tidak tahu sangat tentang penginapan berbayar ni. Kampung dah dekat situ jadi ganjil pula kalau gatal2 nak cuba pergi tidur hotel. Mahu kena tabuh serta merta oleh ayah saya.




*semua gambar adalah ihsan dari Encik Google~

2 comments:

StingRay said...

heh...memang terbaik!


lama tak gi ganu.

paiseh said...

jemput datang laa jamil!

Post a Comment