Thursday, April 22, 2010

Ulek Mayang (vol.1)

Lanjutan entry di bawah, saya mengucapkan terima kasih juga kepada encik fotografer perkahwinan sahabat saya tersebut. Beliau juga adalah sahabat merangkap pioneer saya dalam bidang fotografi ; Encik Effendy Md Nor, isteri - Kay, dan juga Laila Nur Qaseh, anak sulung beliau, dua bulan.
Saya ikhlas ni.

Ok.

Ulek Mayang.
Semua orang akan mengaitkan Ulek Mayang dengan Negeri Terengganu. Jika ada yang jawab Somalia tu, sah beliau kurang siuman. Tolong jangan mengubah hakikat. Ini warisan. Tak boleh dijual beli di mana2. Apa itu Ulek Mayang?

Dipercayai, tarian Ulek Mayang ini telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Omar lagi (1839-1876M). Berasal dari Jawa, Ulek itu sendiri merujuk kepada berdondang, mengulit2 atau menyeru2 dengan cara memujuk supaya kembali semula. Pada mereka yang pandai memujuk buah hati, anda juga dikira pandai mengulek. Kalau cukup alatan, baru boleh dikira ulek mayang. Pada dasarnya ada dua kisah yang mencetuskan stigma Ulek Mayang ini.

Kisah pertama melibatkan sekumpulan pemuda kampung yang sedang bermain sepak raga yang tiba2 salah seorang daripada mereka terkena sampuk. Lalu orang kampung menyeru dengan jampi mentera 'Tujuh Puteri' yang berasal dari Bukit Puteri (sebelah Pasar Payang sekarang) untuk memohon bantuan mengubati pemuda tadi.

Lebih kurang macam ni lah situasinya ketika itu.
Cuma tukarkan cara pemakaian mereka
dan kanopi kepada yang lebih tradisional.

Kisah kedua pula mengisahkan usaha penduduk perkampungan nelayan yang melakukan upacara pemujaan demi menyelamatkan mereka daripada ancaman dan kesusahan. Dengan syarat, mereka perlu mempersembahkan nasi berwarna kepada 'Tuan Puteri' bertujuh beserta jampi mentera dan tarian. Ingat di sini bahawa industri perikanan adalah kegiatan turun temurun di Terengganu dari dulu, kini dan selamanya. Insyaallah~

Ada juga yang mengatakan lagu Ulik Mayang ni asalnya dinyanyikan oleh seorang putera yang mati ketika mendendangkan lagu tersebut dan mahu membalas dendam kepada sesiapa yang menyanyikannya semula. Saya yang ketika ini berseorangan di ofis pun ada rasa kembang bulu roma ni. Lagunya sedang terpasang. Jam menunjukkan 2:01 pagi.

Err... nanti lah saya sambung.

Hayati lagunya yang asli. Kalau nak rasa apa saya rasa sekarang, sila mainkan pada larut malam ketika anda sorang2~


"nenek gua ckp nyanyi lagu ni bleh nmpk antu....." komen dari YouTube.
Macamana saya nak tahan weyh!

Lirik :
Ulek mayang ku ulek, Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri

Ulek mayang diulek, Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong, Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading, Puteri empat berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong, Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading, Puteri enam berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong, Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading, Puteri tujuh berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong, Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading, Tuan puteri berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu, Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat, Nasi berwarna hamba sembahkan

Umbok mayang ku umbok, Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih, Pulih balik sedia kala


5 comments:

sepet said...

teringat masa zaman sekolah dulu. ad kes hantu nyanyi2 lagu ni..tapi tukar lirik..

golek mayat di golek..perghh!!! giler seram mase tuh.

paiseh said...

melampau nye seram pesen tu..!
pandai juga makhlus halus tulis lirik sdiri ye~

f R i h A said...

rasa mcm pelik pulak bila lu dah tulis gaya2 serius ni. neway, looks ok. tp kalau boleh tulis la full sperti : 'mana-mana' instead of 'mana2'. baru nampak betol2 skema, dan gaya2 nak menang ...utk komen x kesah la nk tulis shortcut pon ... tp it's just my own opinion. ikut suka la lu nk tulis mcm mana pon, sbb ini lu punya blog kan. neway, gud luck !

paiseh said...

hee~
trima kasih cik priha atas kompelin yang agak masuk akal.. panjang lebar juga kalau kamu berleter ye~
insyaallah.. akan cuba di improvekan~

Acha Schaffawaty said...

saya masih kurang paham tentang puteri 7 , kenapa puteri lima dan puteri 3 tidak disebut didalam mentera berikut ? sesetengah orang kata ia tidak boleh disebaut TAPI KENAPA TIDAK ?

Post a Comment