Batu Rakit adalah sebuah pekan kecil terletak kira-kira 15 kilometer di utara Bandaraya Kuala Terengganu. Menurut cerita (saya pun kurang pasti sama ada dongeng ataupun sahih), nama Batu Rakit ini diambil sempena satu formasi batu yang berbentuk rakit terletak berhampiran pantainya. Apa yang membuatkan kawasan ini menarik ialah kawasan penempatannya yang sangat besar sepanjang pinggir pantai - Pantai Batu Rakit. Majoritinya perkampungan nelayan. Sangat 'umpph!' bukan?
Jika mahu jumpa pemandangan macamni sila bangun awal2 pagi.
Ingat. Terengganu di terletak di Pantai Timur.
Matahari juga terbit dari timur.
Ingat. Terengganu di terletak di Pantai Timur.
Matahari juga terbit dari timur.
Di sini juga terdapat banyak pusat pengajian tinggi ditempatkan. Antaranya Universiti Darul Iman (dahulunya KUSZA), Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (dahulunya Maktab Perguruan Kuala Terengganu) dan Institut Teknologi Petronas (INSTEP). Sangat strategik lokasinya. Mesti lapang hati student2 di sana.
Seperti biasa, makanan tempatan boleh didapati di mana-mana di sini. Keropok lekor, makanan celup2 tepung, hasil laut kering, air nira dan lain-lain. Berhenti saja di mana-mana gerai yang ada. Jika mahu murah, cubalah bertutur dalam loghat Terengganu. Mana tahu nasib anda baik dapat diskaun. "Ikang ni sebukus wape riya?" contohnya.
Oh ya. Semasa di rumah pakcik saya dulu, saya sempat mengikut beliau dan sepupu-sepupu saya ke pantai untuk menjerat ketam. Ya. Menjerat. Kebetulan ketika itu musim ketam tengah hit menurut pakcik saya. Pertengahan tahun kalau tak silap. Penjeratan dilakukan dengan menggunakan umpan ikan masin yang dicucuk pada batang buluh sebesar saiz jari kelingking dan dipacakkan di pesisir pantai. Para ketam yang malang akan mengepit umpan untuk dimakan dan ketika itulah kecekapan diperlukan untuk menarik ketam itu ke udara. Saya maksudkan ke dalam bakul. Mudah saja. Ketika itu jugalah pertama kali saya berpeluang mandi laut. Dan juga digigit ketam di celah kangkang. Pedih woh!
Tiap-tiap kali mendengar lagu ni, saya akan teringatkan
babak tangkap ketam di Pantai Batu Rakit. Best tak patut!
babak tangkap ketam di Pantai Batu Rakit. Best tak patut!
Mungkin inilah yang dipanggil 'Lagu dan kenangan' barangkali.
Anda punya macamana?
Anda punya macamana?
3 comments:
ngahahahahhaah
klasik gile video
KUSZA kat Gong Badak laaa....
jane : kata kenangan. mesti laa kena klasik2~
azura abu : gong badak sebelah batu rakit je la saudari~
Post a Comment