Hujung tahun lepas, berlangsung perkahwinan beliau di Kampung Pengkalan Setar. Beliau yang asalnya dari Taiping, Perak sudah awal2 menempah saya sebagai pemandu pelancong merangkap pengapit walaupun beliau tahu yang saya jarang balik kampung. Terima kasih kerana menaruh kepercayaan terhadap saya tanpa syak wasangka. Rasanya tiada yang menghampakan.
Yang paling mencabar adalah ketika ditanya di mana lokasi cantik yang ideal untuk sesi outdoor fotografi. Dan juga tidak jauh dari kampung isteri beliau. Bertemakan alam semulajadi, saya mencadangkan beberapa lokasi yang saya selalu kunjungi ketika zaman muda remaja dulu. Pantai2 dan air terjun. Oleh kerana kesuntukan masa dan lain2 hal pengantin baru yang saya kurang arif, beliau memilih Pantai Pandak, Chendering sebagai lokasi photoshoot.
"Apa barang datang Terengganu tak gi Pantai..." ujar pengantin lelaki.
Pantai Pandak ni terletak tidak jauh dari pekan Chendering, lebih kurang lima kilometer sahaja sebelum sampai ke Kuala Terengganu jika anda dari Marang. Bertemu simpang empat selepas pekan Rusila, ambil simpang ke kanan iaitu ke Pelabuhan Perikanan Chendering. Depan sikit boleh nampak papan tanda ke Pantai Pandak. Hati2 sebab jalannya kecil. Hanya untuk penduduk kampung berhampiran. Tak logik pula kalau mahu bina lebuhraya untuk sampai ke pantai yang jaraknya tidak sampai satu batu dari jalan utama.
Seperti pantai2 lain, Pantai Pandak juga ada pokok kelapa, ombak dan pasir. Jika ada gelongsor air, itu taman tema namanya. Apa yang isimewa di sini adalah batu batuan di pesisir pantainya. Sangat menakjubkan. Kecil. Besar. Landai. Tajam. Tinggi. Rendah. Kalau hari baik, boleh buat aktiviti tangkap2 ketam ataupun siput di celah2 batu. Memang romantik. Orang pun tak berapa ramai sebab lokasinya yang terletak hanya di pinggir Bandaraya Kuala Terengganu. Jadi mereka dapat berposing tanpa segan silu.
Dengan izin para pengantin, di sini saya poskan sedikit gambar2 ketika upacara photoshoot di sana.
2 comments:
http://redbelon.com/
trima kasih.. saya terlupa~
Post a Comment