Thursday, April 29, 2010

Tanjung Jara

'Laut biru di Tanjung Jara, Tempat rilek orang dok kacau, Tempat rilek anok-anok dara comel-comel blake...' - Blues Terengganu Kita (Iklim : 1992).
Siapa tak tahu, anda sangat-sangat ketinggalan.
Sangat jauh ke belakang.

Baru saya perasan yang saya belum keluar daerah lagi. Asyik berkisah di sekitar Kuala Terengganu sahaja. Kesian pula lagi enam daerah. Sebagai penghormatan, kita ke daerah Dungun pula - saya punya daerah angkat. Mengapa? Lima tahun saya tinggal di Dungun sejak umur 13 tahun. Budak-budak lagi. Masuk sekolah asrama di sana. Sekolah tepi pantai. Best tahap super!

Pantai paling masyhur di Dungun adalah Tanjung Jara. Mengikut cikgu geografi saya dulu, tanjung terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli dengan teluk. Tapi tak pernah pula saya dengar pantai Teluk Jara. Jika benar ada sila beritahu saya.

Baiklah. Apa yang menarik di Tanjung Jara adalah struktur pantainya yang 'Subhanallah' cantiknya. Kebersihannya terjaga, pasirnya halus keemasan, lautnya biru (bak kata Iklim) dan kemudahan resort yang bertaraf lima bintang. Tempat penginapan yang paling tersohor di sini ialah Tanjong Jara Beach Resort milik Berjaya Group. Tengok pelabur pun mungkin anda dah tahu macamana situasi di sini. Tentulah lima bintang juga. Ada banyak lagi resort dan chalet lain di sini. Bagi yang tidak suka perkhidmatan 'sangat mewah', boleh menginap di hotel-hotel bajet ataupun villa di sekitarnya.

Pernah menerima Anugerah Spa Paling Inovatif
di Spa and Wellness Tatler UK
Awards 2006.
Michael Schumacher pun pernah bercuti di sini sebelum berlumba.



Di sini juga, terdapat lokasi strategik bagi mereka yang sukakan sukan air. Pantainya yang tenang dan tidak huru hara amat ideal untuk sukan meluncur angin, berkayak, bot laju, menyelam dan sebagainya. Jika mahu yang lebih ekstrim, bertanyalah pada yang pakar. Saya bukan pakar. Tambah-tambah lagi sukan air. Maaf. Tapi kalau diajak secara percuma mesti saya angguk kepala laju-laju. Jika bernasib baik, mungkin anda boleh berjumpa puan penyu naik bertelur antara Mei hingga September. Tidak perlu hairan kerana Tanjung Jara dekat saja dengan pantai Rantau Abang.
'Kite tengok penyu ttelor~'
*double T. sila masukkan sabdu

Nak ke Tanjung Jara ni tak susah. Dekat saja dengan bandar Dungun. Beberapa kilometer sahaja. Saya pun kurang pasti tapi tak sampai sepuluh kilometer itu saja jamin. Jika dari selatan, anda akan melaui bandar Dungun dan teruskan perjalanan shingga terjumpa kawasan berbukit batu di kiri. Perlahankan kenderaan dan perhatikan ada simpang masuk ke kanan. Perhatikan juga papan tanda. Isnyaallah jumpa. Jika dari utara pula, tiada apa-apa panduan melainkan teruskan perjalanan hingga terjumpa papan tanda masuk ke Tanjung Jara. Jika sampai ke bandar Dungun, maknanya anda sudah terlepas. Sila pusing semula.


Lain macam betul dia punya pasir.
Kalau jual nak buat konkrit mesti mahal ni.

1 comment:

koko said...

Subhanallah..mak aii..giler lwa wei pasir dia..

oren2..

tq wat entry pasal pntai nih..klo x,tataw pun wujud rupanya pntai nih kat muka bumi nih

Post a Comment