Sunday, April 18, 2010

Teluk Ketapang

Seorang teman pernah bagi teka-teki kepada saya...

Soalannya : Makanan apakah yang paling besar di dunia?

Jawapan : Ikan paus celup tepung.

Ya. Sengal tak patut!


Bila disebut bab2 ikan celup tepung, terus saya teringatkan Pantai Teluk Ketapang. Kenapa?
Sebab dia punya makanan laut berasaskan celup tepung adalah terbaik di muka bumi!

Ok.
Agak keterlaluan.

Tapi memang terbaik bagi saya. Bukan hanya ikan celup tepung. Sotong. Udang. Ketam pun ada. Keropok wajib ada. Harganya pun sangat berpatutan. Pekena pula dengan air kelapa. Memang mari dia punya feel. Jika mahu sedikit kontemporari, ABC dan cendol juga ada.

Mungkin Pantai Teluk Ketapang belum berapa terkenal seperti Pantai Batu Buruk ataupun Rantau Abang. Tapi kawasan ini memang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Dengan banyak pilihan tempat makan dan pantai yang masih terpelihara bersihnya, memang ideal untuk santai dan makan angin. Lagi ideal kalau boleh belanja saya makan celup2 tepung.

Ada juga satu dua gerai bundle dibuka di kawasan berhampiran. Bagi belia2 indie yang suka bundle macam saya, boleh la singgah untuk jenguk dan beli kalu ada yang berkenan. Kalau hari Sabtu pula ada pasar malam di sepanjang jalan di pesisir pantai. Saya mahu tabik juga lah kat penjual2 barangan masak2 dan goreng2 kat sini. Ye lah. Tepi pantai. Mahu puluh2 kali api dapur mati kena angin laut. Hebat betul diorang punya ketabahan.

Lokasi? Tak susah langsung. Jika anda dari lapangan terbang, keluar saja dari lapangan Terbang Sulatan mahmud terus boleh nampak papan tanda ke Pantai Teluk Ketapang. Ikut saja. Yang dari Kuala Terengganu pula, jalan yang lebih dekat adalah melalui Jambatan Sultan Mahmud. Sampai ke Seberang Takir, akan nampak papan tanda ke sini sebelah kanan. Dekat saja dengan stadium baru. Dijamin tak sesat. Kalau sesat juga itu tanda anda kena beli GPS.


Sampai sayup mata memandang dia punya biru.
Memang sejuk macam ice-box jiwa jadinya~

4 comments:

azrie hafiz said...

bila mahu ke Tanjung Jara?

paiseh said...

banyak episod lagi.. sabar..
teruskan mengetik. hahahaa!!

azrie hafiz said...

dungun pun ada kedai sotong ikan tepung haha. kedai pink.

paiseh said...

lain kedai lain perencah dia saudara~

Post a Comment