Tuesday, April 20, 2010

Laksa + Pasar Payang

Satu hari ketika cuti panjang, saya mengidam sangat nak makan Laksa Terengganu.
Tak.
Tak.
Bukan yang kuah putih tu.
Itu pun laksa Terengganu juga. Tapi itu nama penuhnya Laksa Terengganu Kuah Mentah@Kuah Putih. Saya lebih suka yang lagi satu. Laksa Terengganu Kuah Masak@Kuah Merah. Beza dia sama ada mentah dengan masak lah. Dua2 pakai laksa putih. Yang kuah putih tu pakai santan mentah dicampur dengan isi ikan dan lain2 bahan penyedap (asam keping, lada hitam, garam gula, dll). Yang kuah masak ni warnanya kuning keoren-orenan.
Bukan oren.
Tiada oren terlibat dalam pembikinan kuahnya. Warna sahaja oren.

Santan dimasak dengan rempah gulai dan dicampur dengan isi ikan. Warna oren terhasil dek campuran rempah gulai tadi. Dan dimasak. Rasanya memang pehh!! Rujuk gambar bawah.


Yang terbaik adalah hasil tangan arwah nenek dan makcik saya.
Memang lazat hingga menjilat mangkuk!



Balik kepada kisah saya mengidam laksa tadi. Disebabkan saya sudah besar, punyai kereta dan pandai ke bandar sendiri, ayah saya hanya memberitahu bahan2 yang perlu dibeli. Boleh tahan juga banyaknya. Terpaksa saya memaksa adik mencatit semuanya dengan cara tarik telinga. Ikan kembung. Lada sulah. Bawang. Kerisik. Rempah Gulai Cap Bunga Ros. Bunga Kantan. Kacang panjang. Taugeh. Cili. Belacan....itu sahaja yang saya masih ingat. Mahu resepi lengkap, sila ke MyResepi.net. Tak pun tanya saja makcik saya.

Maka bergeraklah saya dengan kofidennya ke Pasar Payang. Tak susah langsung. Betul2 di Bandaraya Kuala Terengganu. Bersebelahan Chinatown dan Jeti Syahbandar (atau jeti ke Pulau Duyong). Mahu panduan yang lebih tepat, berhampiran dengan Bukit Puteri. Memang segala bahan2 makanan ada di sini. Tingkat bawah- Ground Floor. Dari sayur-sayuran hingga ke buah-buahan. Dari rempah ratus hingga ke hasil laut. Dari keropok hingga ke bepang. Lengkap. Mahu barang2 bukan makanan macam2 ada di tingkat atas. Dari batik hingga ke pelikat. Dari tembaga hingga ke tudung saji. Foodcourt pun ada di tingkat atas.

Selesai membeli belah, dengan girang hati saya pulang ke rumah membawa hajat besar. Terbayang2 upacara meneguk laksa idaman hingga air liur meleleh pun tak tersedar. Apalagi makwe2 yang lalu sebelah. Setibanya di rumah, saya membentangkan semua bahan2 yang dikirim dengan hati berbunga2.

"Dah.... mana laksa nye??" ayah saya bertanya.




Oh.
Sangat pilu.
Mahu dihantuk2 kepala ke bucu tiang.



Bila terjumpa papan tanda ni, sahlah anda sudah sampai di Pasar Payang.
Carilah apa saja. Pasti ada di sini. Silap haribulan jodoh pun boleh jumpa.
Jangan cari sportrim pula. Itu kat kedai tayar. Bukan pasar.





6 comments:

jo said...

bepang tu apa? saya orang johor.

azrie hafiz said...

bepang turut dikenali dengan nama seperti kuih kacang di pantai barat.

rujukan lebih lanjut:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bepang

StingRay said...

ah sudah.....sibuk ke menda lain gamaknya smpai lupa.

ierma said...

sedap weh bepang...

famia said...

maksudnya?
gua lambat pikap.
pasar payang takde laksa ke?

apsal kuah laksa terengganu yang merah tu macam laksa johor? cuma wong Johor pakai spageti. moden sikit.

paiseh said...

jo : bepang tu yang kaler cokelat manis2 macam saya.. lain entry saya cerita~

azrie : kuih kacang tu macaman pula..?? ada manis2 perisa beras..??

stingray : tak. cuma eksaited~

ierma : ye.. sedap macam kamu. oh!

famia : maksudnya saya lupa. laksa tu macam saja kut.. ini lagi berlemak dan manis2. macam saya. eh.!!

Post a Comment