Thursday, April 29, 2010

Tanjung Jara

'Laut biru di Tanjung Jara, Tempat rilek orang dok kacau, Tempat rilek anok-anok dara comel-comel blake...' - Blues Terengganu Kita (Iklim : 1992).
Siapa tak tahu, anda sangat-sangat ketinggalan.
Sangat jauh ke belakang.

Baru saya perasan yang saya belum keluar daerah lagi. Asyik berkisah di sekitar Kuala Terengganu sahaja. Kesian pula lagi enam daerah. Sebagai penghormatan, kita ke daerah Dungun pula - saya punya daerah angkat. Mengapa? Lima tahun saya tinggal di Dungun sejak umur 13 tahun. Budak-budak lagi. Masuk sekolah asrama di sana. Sekolah tepi pantai. Best tahap super!

Pantai paling masyhur di Dungun adalah Tanjung Jara. Mengikut cikgu geografi saya dulu, tanjung terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli dengan teluk. Tapi tak pernah pula saya dengar pantai Teluk Jara. Jika benar ada sila beritahu saya.

Baiklah. Apa yang menarik di Tanjung Jara adalah struktur pantainya yang 'Subhanallah' cantiknya. Kebersihannya terjaga, pasirnya halus keemasan, lautnya biru (bak kata Iklim) dan kemudahan resort yang bertaraf lima bintang. Tempat penginapan yang paling tersohor di sini ialah Tanjong Jara Beach Resort milik Berjaya Group. Tengok pelabur pun mungkin anda dah tahu macamana situasi di sini. Tentulah lima bintang juga. Ada banyak lagi resort dan chalet lain di sini. Bagi yang tidak suka perkhidmatan 'sangat mewah', boleh menginap di hotel-hotel bajet ataupun villa di sekitarnya.

Pernah menerima Anugerah Spa Paling Inovatif
di Spa and Wellness Tatler UK
Awards 2006.
Michael Schumacher pun pernah bercuti di sini sebelum berlumba.



Di sini juga, terdapat lokasi strategik bagi mereka yang sukakan sukan air. Pantainya yang tenang dan tidak huru hara amat ideal untuk sukan meluncur angin, berkayak, bot laju, menyelam dan sebagainya. Jika mahu yang lebih ekstrim, bertanyalah pada yang pakar. Saya bukan pakar. Tambah-tambah lagi sukan air. Maaf. Tapi kalau diajak secara percuma mesti saya angguk kepala laju-laju. Jika bernasib baik, mungkin anda boleh berjumpa puan penyu naik bertelur antara Mei hingga September. Tidak perlu hairan kerana Tanjung Jara dekat saja dengan pantai Rantau Abang.
'Kite tengok penyu ttelor~'
*double T. sila masukkan sabdu

Nak ke Tanjung Jara ni tak susah. Dekat saja dengan bandar Dungun. Beberapa kilometer sahaja. Saya pun kurang pasti tapi tak sampai sepuluh kilometer itu saja jamin. Jika dari selatan, anda akan melaui bandar Dungun dan teruskan perjalanan shingga terjumpa kawasan berbukit batu di kiri. Perlahankan kenderaan dan perhatikan ada simpang masuk ke kanan. Perhatikan juga papan tanda. Isnyaallah jumpa. Jika dari utara pula, tiada apa-apa panduan melainkan teruskan perjalanan hingga terjumpa papan tanda masuk ke Tanjung Jara. Jika sampai ke bandar Dungun, maknanya anda sudah terlepas. Sila pusing semula.


Lain macam betul dia punya pasir.
Kalau jual nak buat konkrit mesti mahal ni.

Tuesday, April 27, 2010

Batu Rakit + Ketam

Bila sebut Batu Rakit, secara automatik saya teringatkan pakcik saya - seorang Penghulu Kampung. Beliau pernah bertugas di Batu Rakit sekitar 80-an. Zaman-zaman lagu Isabella tengah hit. Yang menjadikan saya teringatkan beliau ialah pengalaman pertama kali saya dibenarkan berjauhan dengan keluarga untuk tinggal selama seminggu di sana. Ketika itu saya berumur dalam lingkungan tujuh tahun. Sangat kanak-kanak. Dan comel juga.

Batu Rakit adalah sebuah pekan kecil terletak kira-kira 15 kilometer di utara Bandaraya Kuala Terengganu. Menurut cerita (saya pun kurang pasti sama ada dongeng ataupun sahih), nama Batu Rakit ini diambil sempena satu formasi batu yang berbentuk rakit terletak berhampiran pantainya. Apa yang membuatkan kawasan ini menarik ialah kawasan penempatannya yang sangat besar sepanjang pinggir pantai - Pantai Batu Rakit. Majoritinya perkampungan nelayan. Sangat 'umpph!' bukan?

Jika mahu jumpa pemandangan macamni sila bangun awal2 pagi.
Ingat. Terengganu di terletak di Pantai Timur.
Matahari juga terbit dari timur.



Di sini juga terdapat banyak pusat pengajian tinggi ditempatkan. Antaranya Universiti Darul Iman (dahulunya KUSZA), Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (dahulunya Maktab Perguruan Kuala Terengganu) dan Institut Teknologi Petronas (INSTEP). Sangat strategik lokasinya. Mesti lapang hati student2 di sana.

Seperti biasa, makanan tempatan boleh didapati di mana-mana di sini. Keropok lekor, makanan celup2 tepung, hasil laut kering, air nira dan lain-lain. Berhenti saja di mana-mana gerai yang ada. Jika mahu murah, cubalah bertutur dalam loghat Terengganu. Mana tahu nasib anda baik dapat diskaun. "Ikang ni sebukus wape riya?" contohnya.

Oh ya. Semasa di rumah pakcik saya dulu, saya sempat mengikut beliau dan sepupu-sepupu saya ke pantai untuk menjerat ketam. Ya. Menjerat. Kebetulan ketika itu musim ketam tengah hit menurut pakcik saya. Pertengahan tahun kalau tak silap. Penjeratan dilakukan dengan menggunakan umpan ikan masin yang dicucuk pada batang buluh sebesar saiz jari kelingking dan dipacakkan di pesisir pantai. Para ketam yang malang akan mengepit umpan untuk dimakan dan ketika itulah kecekapan diperlukan untuk menarik ketam itu ke udara. Saya maksudkan ke dalam bakul. Mudah saja. Ketika itu jugalah pertama kali saya berpeluang mandi laut. Dan juga digigit ketam di celah kangkang. Pedih woh!




Tiap-tiap kali mendengar lagu ni, saya akan teringatkan
babak tangkap ketam di Pantai Batu Rakit. Best tak patut!
Mungkin inilah yang dipanggil 'Lagu dan kenangan' barangkali.
Anda punya macamana?

Monday, April 26, 2010

Terengganu Food Goes International

Saya agak sibuk kebelakangan ini. Urusan harian yang agak ribut sedikit.

Jadi tiada masa untuk berkisah panjang2.

Jadi untuk mukaddimah silibus ini, di sini ada kuiz untuk menduga sejauh mana pengetahuan anda tentang kuih muih tradisional Terengganu.

Kenapa saya letak tajuk 'goes international'? Sebab soalannya dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris kan bahasa internasional. Satu dunia boleh faham. Tapi belum tentu boleh jawab.

Saya pun tak berapa nak pass. hee~

Jadi, selamat mencuba.

Sila ketik sini.
Ya. Sini.


Ramai yang tanya saya untuk berkenalan dengan bepang.
Ini lah dia. Bepang pulut.
Bukan macam pelempang ye.Tak payah merepek bukan2.
Lagi satu spesis bepang kacang nama dia.

Sunday, April 25, 2010

Ulek Mayang (vol.3 - bonus)

Maaf.
Saya masih belum jumpa jawapan untuk persoalan mengapa lagu ni tidak dalam loghat Terengganu. Sudah jumpa nanti saya bagitau~


Kita layankan saja lagu Ulek Mayang dalam irama kontemporari pula...

Tak larat dah saya tiap2 malam nak takut~





Versi pop. Siapa tak kenal penyanyi ni,
elok cepat2 pergi berkenalan dengan beliau.
Mana tau dapat jadi calon suami.







Versi rock. Sesuai untuk breader2 indie layan kepala.
Jangan sampai tak ingat tuhan sudah la.
Ada drama sikit. Petikan filem Spinning Gasing (2000).

Friday, April 23, 2010

Ulek Mayang (vol.2)

Baiklah.
Saya sambung lagi.

"Woi... pasang lagu lain la..!!" bentak kawan sebilik saya ketika mahu menaip entry ni berlatarbelakangkan lagu Ulek Mayang. Jam menunjukkan 4:18 pagi.

Oh.!
Malam Jumaat.
Patutlah~

...
Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan berlatarbelakangkan beberapa alat muzik tradisional Melayu seperti gendang, rebana dan gong. Tetapi prop yang paling penting adalah mayang pinang atau kelapa. Mayang ini perlu diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Seperti juga tarian Kuda Kepang di Johor, doa dan bangkitan dilakukan terlebih dahulu untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Inilah rupa mayang kelapa. Saya pernah kena bedal
dengan benda ini oleh ayah ketika kecik2 dulu.

Sakit tak patut!


Proses bangkitan dilakukan dengan mengasap mayang pada kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan Dupa. Minyak kelapa juga disapukan pada mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi (ketua pemuja) yang seolah-olah kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa. Kata orang sekarang - menurun.

Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang (Adi) duduk di tengah-tengah. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun. Pendek kata yang dah akil baligh.
Jika bertanya tentang pengalaman, rasanya ramai yang ada kisah sendiri tentang peristiwa2 aneh berkaitan Ulek Mayang ini. Saya? Belum lagi~
Di sini saya kisahkan sikit...

"adoi.. nak citer ulek mayang malam2 ni.. aku pun meremang bulu roma..!! gini saja lah.. aku ringkas kan.!
mak aku pernah citer..! aku sendiri pun pernah kena dan rasa..! mak aku adalah penari dan pelakon teater dulu2.., zaman hujung 60an ke 70an.. ,
salah satu teater yg dia pernah bawak adalah ulek mayang..
dia jadi puteri tujuh.., memang kata dia.. masa berlakon tu.. semangat puteri tu.. semua yg berlakon jadi puteri tu dapat rasa.!
memang tarian puteri tu.. datangnya asli dari gerak tari .. walau pun mula2 di rehearsal.., tapi bila di persembahkan.. ada langkah2.. datangnya secara spontan masa persembahan tu..!


aku sendiri pernah berlakon pementasan ulek mayang ni 2 kali.., sekali jadi pawang.. sekali jadi orang yg kena semah oleh pawang..!

masa jadi pawang tu.. memang tiba2.. jadi menyelap.. , jadi macam tak nak berhenti sepuh mayang pinang tu..!
isshk.. aku mengingatkan.. jadi meremang bulu roma aku.
" - morpheuzneo



"...Dikuti pula cerita dari wife saya yang balik dari kursus di Glory Beach Resort PD. Semasa acara penutupan kursus, setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan, ada yang membuat persembahan dikir barat, teater dan persembahan ulik mayang.
Semasa persembahan ulik mayang tu, ada seorang perempuan yg memegang watak puteri berubah wajah, nampak pucat. wife saya cuba ambik gambar ngan digicam, tapi camera tu tak bleh nak tekan, lepas tu dalam camera kawan dia gambar tu kelihatan hitam pada bahagian muka dan nampak seperti hantu. Penyelaras kursus terpaksa menghentikan persembahan tersebut dan berpesan agar cerita ini tidak hebahkan.
Seriau bulu roma saya masa dengar citer ni.
" -cannondale



.....................................................



Kita balik ke zaman 2010.
Sekarang, Ulik Mayang hanya dianggap sebagai khazanah warisan tradisi Terengganu. Tiada mentera. Tiada panggil2 semangat. Tiada jampi serapah. Tiada puja memuja lagi. Hanya sebagai satu seni persembahan yang bernilai dan dijaga rapi tanpa unsur syirik dan khurafat lagi. Sama seperti wayang kulit di Kelantan. Hanya untuk hiburan semata2. Jika ada juga yang masih main2 semangat, minta kerjasama anda untuk melaporkan kepada pihak berwajib. Saya memang serius sangat kalau masuk bab2 akidah ni. Tolong jangan main2.

Mungkin ada yang muykil...
Kenapa lirik dan sebutannya bukan dalam dialek Terengganu?
Jangan tanya. Saya pun pelik juga ni. Kalau dah jumpa jawapan nanti saya ceritakan.
Atau jika anda ada idea, boleh tolong jelaskan di petak komen.

Terima kasih.

Rakan saya dah gelisah lain macam ni.


Puteri bertujuh, Adi dan pesakit.
Kalau dimodenkan boleh jadi jururawat tujuh orang, doktor dan pesakit.





Thursday, April 22, 2010

Ulek Mayang (vol.1)

Lanjutan entry di bawah, saya mengucapkan terima kasih juga kepada encik fotografer perkahwinan sahabat saya tersebut. Beliau juga adalah sahabat merangkap pioneer saya dalam bidang fotografi ; Encik Effendy Md Nor, isteri - Kay, dan juga Laila Nur Qaseh, anak sulung beliau, dua bulan.
Saya ikhlas ni.

Ok.

Ulek Mayang.
Semua orang akan mengaitkan Ulek Mayang dengan Negeri Terengganu. Jika ada yang jawab Somalia tu, sah beliau kurang siuman. Tolong jangan mengubah hakikat. Ini warisan. Tak boleh dijual beli di mana2. Apa itu Ulek Mayang?

Dipercayai, tarian Ulek Mayang ini telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Omar lagi (1839-1876M). Berasal dari Jawa, Ulek itu sendiri merujuk kepada berdondang, mengulit2 atau menyeru2 dengan cara memujuk supaya kembali semula. Pada mereka yang pandai memujuk buah hati, anda juga dikira pandai mengulek. Kalau cukup alatan, baru boleh dikira ulek mayang. Pada dasarnya ada dua kisah yang mencetuskan stigma Ulek Mayang ini.

Kisah pertama melibatkan sekumpulan pemuda kampung yang sedang bermain sepak raga yang tiba2 salah seorang daripada mereka terkena sampuk. Lalu orang kampung menyeru dengan jampi mentera 'Tujuh Puteri' yang berasal dari Bukit Puteri (sebelah Pasar Payang sekarang) untuk memohon bantuan mengubati pemuda tadi.

Lebih kurang macam ni lah situasinya ketika itu.
Cuma tukarkan cara pemakaian mereka
dan kanopi kepada yang lebih tradisional.

Kisah kedua pula mengisahkan usaha penduduk perkampungan nelayan yang melakukan upacara pemujaan demi menyelamatkan mereka daripada ancaman dan kesusahan. Dengan syarat, mereka perlu mempersembahkan nasi berwarna kepada 'Tuan Puteri' bertujuh beserta jampi mentera dan tarian. Ingat di sini bahawa industri perikanan adalah kegiatan turun temurun di Terengganu dari dulu, kini dan selamanya. Insyaallah~

Ada juga yang mengatakan lagu Ulik Mayang ni asalnya dinyanyikan oleh seorang putera yang mati ketika mendendangkan lagu tersebut dan mahu membalas dendam kepada sesiapa yang menyanyikannya semula. Saya yang ketika ini berseorangan di ofis pun ada rasa kembang bulu roma ni. Lagunya sedang terpasang. Jam menunjukkan 2:01 pagi.

Err... nanti lah saya sambung.

Hayati lagunya yang asli. Kalau nak rasa apa saya rasa sekarang, sila mainkan pada larut malam ketika anda sorang2~


"nenek gua ckp nyanyi lagu ni bleh nmpk antu....." komen dari YouTube.
Macamana saya nak tahan weyh!

Lirik :
Ulek mayang ku ulek, Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri

Ulek mayang diulek, Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong, Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading, Puteri dua berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong, Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading, Puteri empat berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong, Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading, Puteri enam berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong, Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading, Puteri tujuh berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong, Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading, Tuan puteri berselendang kuning

Umbok mayang diumbok, Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek, Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu, Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat, Nasi berwarna hamba sembahkan

Umbok mayang ku umbok, Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih, Pulih balik sedia kala


Wednesday, April 21, 2010

Pantai Pandak, Chendering

Seorang sahabat sudah tak sabar2 mahu saya memblogkan kisahnya di Terengganu. Rujuk Shoutbox di sebelah - azrie (20 Apr 10, 10:48 AM).

Hujung tahun lepas, berlangsung perkahwinan beliau di Kampung Pengkalan Setar. Beliau yang asalnya dari Taiping, Perak sudah awal2 menempah saya sebagai pemandu pelancong merangkap pengapit walaupun beliau tahu yang saya jarang balik kampung. Terima kasih kerana menaruh kepercayaan terhadap saya tanpa syak wasangka. Rasanya tiada yang menghampakan.

Yang paling mencabar adalah ketika ditanya di mana lokasi cantik yang ideal untuk sesi outdoor fotografi. Dan juga tidak jauh dari kampung isteri beliau. Bertemakan alam semulajadi, saya mencadangkan beberapa lokasi yang saya selalu kunjungi ketika zaman muda remaja dulu. Pantai2 dan air terjun. Oleh kerana kesuntukan masa dan lain2 hal pengantin baru yang saya kurang arif, beliau memilih Pantai Pandak, Chendering sebagai lokasi photoshoot.
"Apa barang datang Terengganu tak gi Pantai..." ujar pengantin lelaki.

Pantai Pandak ni terletak tidak jauh dari pekan Chendering, lebih kurang lima kilometer sahaja sebelum sampai ke Kuala Terengganu jika anda dari Marang. Bertemu simpang empat selepas pekan Rusila, ambil simpang ke kanan iaitu ke Pelabuhan Perikanan Chendering. Depan sikit boleh nampak papan tanda ke Pantai Pandak. Hati2 sebab jalannya kecil. Hanya untuk penduduk kampung berhampiran. Tak logik pula kalau mahu bina lebuhraya untuk sampai ke pantai yang jaraknya tidak sampai satu batu dari jalan utama.

Seperti pantai2 lain, Pantai Pandak juga ada pokok kelapa, ombak dan pasir. Jika ada gelongsor air, itu taman tema namanya. Apa yang isimewa di sini adalah batu batuan di pesisir pantainya. Sangat menakjubkan. Kecil. Besar. Landai. Tajam. Tinggi. Rendah. Kalau hari baik, boleh buat aktiviti tangkap2 ketam ataupun siput di celah2 batu. Memang romantik. Orang pun tak berapa ramai sebab lokasinya yang terletak hanya di pinggir Bandaraya Kuala Terengganu. Jadi mereka dapat berposing tanpa segan silu.

Dengan izin para pengantin, di sini saya poskan sedikit gambar2 ketika upacara photoshoot di sana.



Perspektif terbaik. Menjulur2 batu dia.


Saya paling suka gambar ni.
Romantik tak patut!



"Rasa mcm nk beli komik Pendekar Lauk. Cis!"
-komen seorang teman di Facebook.



Tekstur batu yang sangat Umpph..!!


Yang berbaju kuning itu saya.






*ada banyak larangan untuk tidak mandi di pantai ini. jika mahu mandi manda sila ke lain2 lokasi. lain entry saya cerita~



Tuesday, April 20, 2010

Laksa + Pasar Payang

Satu hari ketika cuti panjang, saya mengidam sangat nak makan Laksa Terengganu.
Tak.
Tak.
Bukan yang kuah putih tu.
Itu pun laksa Terengganu juga. Tapi itu nama penuhnya Laksa Terengganu Kuah Mentah@Kuah Putih. Saya lebih suka yang lagi satu. Laksa Terengganu Kuah Masak@Kuah Merah. Beza dia sama ada mentah dengan masak lah. Dua2 pakai laksa putih. Yang kuah putih tu pakai santan mentah dicampur dengan isi ikan dan lain2 bahan penyedap (asam keping, lada hitam, garam gula, dll). Yang kuah masak ni warnanya kuning keoren-orenan.
Bukan oren.
Tiada oren terlibat dalam pembikinan kuahnya. Warna sahaja oren.

Santan dimasak dengan rempah gulai dan dicampur dengan isi ikan. Warna oren terhasil dek campuran rempah gulai tadi. Dan dimasak. Rasanya memang pehh!! Rujuk gambar bawah.


Yang terbaik adalah hasil tangan arwah nenek dan makcik saya.
Memang lazat hingga menjilat mangkuk!



Balik kepada kisah saya mengidam laksa tadi. Disebabkan saya sudah besar, punyai kereta dan pandai ke bandar sendiri, ayah saya hanya memberitahu bahan2 yang perlu dibeli. Boleh tahan juga banyaknya. Terpaksa saya memaksa adik mencatit semuanya dengan cara tarik telinga. Ikan kembung. Lada sulah. Bawang. Kerisik. Rempah Gulai Cap Bunga Ros. Bunga Kantan. Kacang panjang. Taugeh. Cili. Belacan....itu sahaja yang saya masih ingat. Mahu resepi lengkap, sila ke MyResepi.net. Tak pun tanya saja makcik saya.

Maka bergeraklah saya dengan kofidennya ke Pasar Payang. Tak susah langsung. Betul2 di Bandaraya Kuala Terengganu. Bersebelahan Chinatown dan Jeti Syahbandar (atau jeti ke Pulau Duyong). Mahu panduan yang lebih tepat, berhampiran dengan Bukit Puteri. Memang segala bahan2 makanan ada di sini. Tingkat bawah- Ground Floor. Dari sayur-sayuran hingga ke buah-buahan. Dari rempah ratus hingga ke hasil laut. Dari keropok hingga ke bepang. Lengkap. Mahu barang2 bukan makanan macam2 ada di tingkat atas. Dari batik hingga ke pelikat. Dari tembaga hingga ke tudung saji. Foodcourt pun ada di tingkat atas.

Selesai membeli belah, dengan girang hati saya pulang ke rumah membawa hajat besar. Terbayang2 upacara meneguk laksa idaman hingga air liur meleleh pun tak tersedar. Apalagi makwe2 yang lalu sebelah. Setibanya di rumah, saya membentangkan semua bahan2 yang dikirim dengan hati berbunga2.

"Dah.... mana laksa nye??" ayah saya bertanya.




Oh.
Sangat pilu.
Mahu dihantuk2 kepala ke bucu tiang.



Bila terjumpa papan tanda ni, sahlah anda sudah sampai di Pasar Payang.
Carilah apa saja. Pasti ada di sini. Silap haribulan jodoh pun boleh jumpa.
Jangan cari sportrim pula. Itu kat kedai tayar. Bukan pasar.





Sunday, April 18, 2010

Teluk Ketapang

Seorang teman pernah bagi teka-teki kepada saya...

Soalannya : Makanan apakah yang paling besar di dunia?

Jawapan : Ikan paus celup tepung.

Ya. Sengal tak patut!


Bila disebut bab2 ikan celup tepung, terus saya teringatkan Pantai Teluk Ketapang. Kenapa?
Sebab dia punya makanan laut berasaskan celup tepung adalah terbaik di muka bumi!

Ok.
Agak keterlaluan.

Tapi memang terbaik bagi saya. Bukan hanya ikan celup tepung. Sotong. Udang. Ketam pun ada. Keropok wajib ada. Harganya pun sangat berpatutan. Pekena pula dengan air kelapa. Memang mari dia punya feel. Jika mahu sedikit kontemporari, ABC dan cendol juga ada.

Mungkin Pantai Teluk Ketapang belum berapa terkenal seperti Pantai Batu Buruk ataupun Rantau Abang. Tapi kawasan ini memang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Dengan banyak pilihan tempat makan dan pantai yang masih terpelihara bersihnya, memang ideal untuk santai dan makan angin. Lagi ideal kalau boleh belanja saya makan celup2 tepung.

Ada juga satu dua gerai bundle dibuka di kawasan berhampiran. Bagi belia2 indie yang suka bundle macam saya, boleh la singgah untuk jenguk dan beli kalu ada yang berkenan. Kalau hari Sabtu pula ada pasar malam di sepanjang jalan di pesisir pantai. Saya mahu tabik juga lah kat penjual2 barangan masak2 dan goreng2 kat sini. Ye lah. Tepi pantai. Mahu puluh2 kali api dapur mati kena angin laut. Hebat betul diorang punya ketabahan.

Lokasi? Tak susah langsung. Jika anda dari lapangan terbang, keluar saja dari lapangan Terbang Sulatan mahmud terus boleh nampak papan tanda ke Pantai Teluk Ketapang. Ikut saja. Yang dari Kuala Terengganu pula, jalan yang lebih dekat adalah melalui Jambatan Sultan Mahmud. Sampai ke Seberang Takir, akan nampak papan tanda ke sini sebelah kanan. Dekat saja dengan stadium baru. Dijamin tak sesat. Kalau sesat juga itu tanda anda kena beli GPS.


Sampai sayup mata memandang dia punya biru.
Memang sejuk macam ice-box jiwa jadinya~

Thursday, April 15, 2010

Ke Sana

Bila diajak ke Terengganu, ramai kawan2 saya mula senyum2 tawar mengeluh kata perjalanan jauh. Saya kata memang laa jauh sikit. Tapi lagi jauh perjalanan ke Burma ataupun Tibet. Lagipun apa guna kerajaan buat Lebuhraya Pantai Timur (ataupun saya lebih suka panggil Lebuhraya Pahang-Terengganu; tetap LPT juga). Jalan selesa. Banyak RnR. Perjalanan pun lebih singkat. Sebenarnya saya tak sabar2 menunggu pembukaan Fasa 2 LPT. Senang sikit mahu balik kampung sebab dengar2 nya exit ke Kuala Terengganu dekat sangat dengan rumah bapa saya. Jadi, tak ada sebab lah bila saya cuti 3-4 hari tapi masih berkira2 mahu balik kampung.

Tenang lain macam time memandu kat LPT ni.
Tak banyak cabaran. Jalan pun banyak lurus2.
Apa pembaris JKR pakai pun saya tak tahu.



Pasal tol pula, saya rasa masih boleh dikata murah berbanding dengan PLUS yang hala ke Utara-Selatan semenanjung. Kalau ke Johor dari Kuala Lumpur rasanya makan belanja pat puluh ringgit juga (betulkan saya jika silap). Kalau ke Terengganu pula, sehingga exit Jabor hanya berkos dua puluh satu ringgit sahaja. Selepas Jabor tu boleh dikira sebagai bonus lah kerana sepanjang ke Kuala Terengganu, pemanduan pasti diiringi bayu laut China Selatan terutama di kawasan Kemasik, Dungun dan Marang. Seorang sahabat saya yang belum pernah datang ke Terengganu menjadi sangat jakun sepanjang perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Memang sangat obses dia dengan laut. Hingga Rantau Abang boleh ditukar nama sesuka hati menjadi Rantau Sayang.


Jika anda dari Pahang dan terjumpa pintu gerbang ini, saya ucapkan
tahniah kerana berjaya sampai ke Terengganu.
Jangan bimbang sesat sebab banyak papan tanda untuk panduan.
Yang penting anda pandai membaca.


Bagi golongan yang sedikit berada dan sudah biasa dengan kenderaan udara, boleh menggunakan perkhidmatan penerbangan domestik ke Kuala Terengganu. Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang sangat hampir dengan pantai dan bandaraya Kuala Terengganu bakal memudahkan hala tuju perjalanan. Kosnya hanya di bawah tiga ratus ringgit untuk kurang tiga puluh minit perjalanan. Jauh lebih murah daripada sebiji Blackberry ataupun iPhone.

Kecik2 dulu saya suka sangat ke sini
time nak hantar pakcik2 pegi haji.



Jika gemar naik bas ekspres jika dari Kuala Lumpur, majoriti bas ke pantai timur berlepas dari Hentian Putra. Tiada masalah pengangkutan awam ke situ. Star LRT ada. Bas ada. Komuter ada. Teksi wajib ada. Di Puduraya pun boleh juga rasanya. Tapi tak banyak. Port paling akhir bas ke pantai timur ambil penumpang adalah di Greenwood, Gombak. Dekat tapak pasar malam. Dekat Shell. Sebelum masuk Lebuh Karak. Tiket juga boleh dibeli di sana. Oh. Maaf. Ter'expert' pula. Lama sangat duduk sini. Mula2 saya ke Kuala Lumpur sebelas tahun dulu tambangnya hanya RM19.50 sahaja. Sekarang lebih kurang RM40 rasanya. Nasib baik zaman saya naik bas ekspres dah habis. Harap2 pihak berkaitan ada peka sedikit dengan senario ini. Kesian budak2 sekolah mau balik kampung. Tapi saya tengok bas ekpress ke Terengganu sekarang semuanya baru2. Berkilat macam kasut askar. Air-cond tahap turbo. Laju pun lain macam. Hati2 lah. Tapi seingat saya belum ada kes major yang tak diingini berlaku di laluan Terengganu - KL. Rasanya lah. Alhamdulillah~

Ini bukan bas ekspres. Tapi banyak bulih nampak di KT.
Fungsi dia sama macam feeder bus kat KL ataupun nadiPutrs kat Putrajaya.
Tapi saya berharap sangat dapat naik bas ni sampai Kuala Lumpur.



Tentang penginapan, rasanya memang tiada masalah. Banyak hotel ataupun chalet disediakan sama ada di tengah2 bandaraya ataupun di pulau2 peranginan. Kalau tak percaya boleh bertanya di agensi2 pelancongan berdekatan. Pergi lah ketika lunch hour ataupun hujung minggu. Jangan ketika office hour. Kena tangkap mengulor kang takkan nak salahkan saya pula. Atau lebih mudah selak saja di internet ataupun telefon saja. Maaflah. Saya tidak tahu sangat tentang penginapan berbayar ni. Kampung dah dekat situ jadi ganjil pula kalau gatal2 nak cuba pergi tidur hotel. Mahu kena tabuh serta merta oleh ayah saya.




*semua gambar adalah ihsan dari Encik Google~

Wednesday, April 14, 2010

Dari Alor Teratai Ke Geliga


Assalamualaikum w.b.t

Kampung Alor Teratai merupakan wilayah yang paling utara manakala Geliga pula adalah bandar utama yang paling selatan dalam Negeri Terengganu. Kalau tak percaya sila Google-Map kan saja. Zaman sekarang, penggunaan atlas ataupun globe besar atas meja guru besar sudah kurang relevennya. Sama juga dengan kempen2 pelancongan. Pakai blog pun boleh. Blog ni contohnya. Isyaallah~

Tak usahlah pikir saya mencarut pula dengan meng'anu'2 kan URL blog ini. Itu nama asal Terengganu. Sape2 yang tak tahu sila tutup muka bawah bantal segera. Ada lagi beberapa teori lain yang saya pun tak pasti mana satu paling tepat dengan keberhasilan perkataan Terengganu tu sendiri. Antara nya; Terang Ganu, Trangkanu dan Pingyin. Tak perlu lah bertanya kepada saya apa-kenapa-macamana. Lebih afdal bertanya pada Encik Google sahaja. Baru nampak kontemporari sikit.

Oh. Ini entry pertama. Tak perlu lah saya taip panjang2. Banyak entry lagi saya kena buat ni. Tapi bukan sekarang lah. Sila datang lagi lain hari.Semoga tuhan kurniakan kekuatan dan kerajinan kepada saya dalam kehidupan seharian.
Dan juga Peliharakanlah Terengganu ya Allah~


Yang bertanda A tu adalah kampung saya.