Petang Jumaat, Firdaus Yunan ajak ronda-ronda KT pula. Mana lagi tempat muda-mudi makan angin petang-petang hari cuti begini kalau tak di Pantai Batu Burok. Saya sendiri pun sudah agak lama tak berlibur di sini. Setakat lalu-lalu tu banyak kali la. Makin banyak fasiliti tersedia. Ada gerai-gerai makan baru. Pentas astaka yang terjaga. Pondok-pondok lifeguard. Ada juga yang menyediakan perkhidmatan menunggang kuda untuk kanak-kanak. Layankan saja beberapa panorama yang sempat saya rakamkan.
Oh ya. Saya memang suka ambil gambar secara candid. Nampak sangat hidupnya. Jadi sesiapa yang ada termasuk dalam gambar saya ni harap dihalalkan dunia akhirat. Anda memang sporting~

Atau lebih tepat selepas solat Jumaat. Dan sangat mendapat sambutan.
Kompleks Renang Kuala Terengganu. Celup-celup tepung memang ada di sini.
jika melihatkan fungsinya. Sangat santai untuk berehat sambil membaca
seperti amoi di sebelah Firdaus Yunan itu. Oh. Bukan. Itu bukan makwe beliau.

Dijamin boleh me'rileks'kan diri dengan tenteram.
Anak buah saya selalu buat macamtu.
mesyuarat agung peringkat daerah. Saya agak-agak saja.

Hanya lima ringgit untuk tiga pusingan. Harga ikut pusingan.
Bukan ikut kepala macam pusat karaoke ternama.
Jika tidak, sila buat pemeriksaan mata secepat mungkin.
Lama berjalan-jalan mengambil angin pantai, saya tertanya-tanya apakah 'benda' panjang yang menjulur di hujung pantainya. Belah kiri yang menghala ke bandar. Menurut seorang teman, itu adalah benteng tambakan laut. Apa tujuan sebenar benda itu dibina masih belum pasti. Firdaus Yunan bertanya sama ada boleh naik ke sana atau tak. Belum sempat rakan tadi menjawab, saja sudah memulakan perjalanan ke sana. Mereka hanya mengikut tanpa banyak soal. Garang juga saya ni rupanya.
Esok saya ceritakan...
Bersambung-sambung la. Baru nampak thrill sikit~
No comments:
Post a Comment